View: 947|Reply: 12
|
Iqbal Zulkefli Nak Mandi Bunga Dan Berubat Kalau Inspektor Sheila Tolak Cinta
[Copy link]
|
|
Ahmad Iqbal Zulkefli belum berputus asa mahu menawan hati Inspektor Sheila walaupun anggota polis itu hairan mengenai hasratnya itu.
Iqbal, 29, berkata, dia juga sanggup untuk mandi bunga dan 'berubat' sekiranya cintanya sekali lagi ditolak oleh wanita yang mendapat perhatiannya.
 Foto: IG
"Kalau kali ini ditendang lagi, agaknya saya perlu pergi berubat dan mandi bunga," katanya menerusi komen di ruang komen hantaran artikel berhubung Sheila di Facebook.
Sebelum ini, Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, meluahkan rasa pelik selepas terbaca luahan Iqbal menerusi temu bual bersama mStar meluahkan hasrat untuk berkenalan lebih dekat dengannya.
Sheila turut tertanya-tanya mengapa dia menjadi pilihan usahawan itu memandangkan Iqbal berkulit putih manakala dia pula berkulit hitam.
Wanita itu juga memberitahu tidak mengenali Iqbal secara peribadi namun pernah terbaca kisahnya bersama usahawan sensasi Datuk Seri Vida.
Sebelum ini Iqbal kata Inspektor Sheila mempunyai ciri-ciri kewanitaan yang membuatkan hatinya tertarik.
Menurutnya, dia juga kini masih kesunyian dan tiada kekasih, jadi tidak salah sekiranya mahu mencuba nasib untuk mencari teman hidup.
"Sejak nama dia jadi viral saya juga melihat perkongsiannya di media sosial. Saya jadi tertarik dengannya. Ramai yang bercakap tidak elok tentang dia, itu yang buat saya sedih.
"Saya sukakan wanita yang garang... lagi garang, lagilah saya suka. Namun saya juga percaya dia seorang yang manja," ujarnya.
Pada September 2021, Iqbal pernah memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama Vida atau Hasmiza Othman, 52.
Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian apabila hubungan mereka tidak mendapat restu oleh anak Vida iaitu Cik B atau Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 18. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Astagfirullahal azeem..... Iqbal. Ko ni sengaja nak timbulkan sensasi dn cari perhatian kan? Ko ada ilmu ke nak jinakkan singa yg garang? Nak cari Isteri, ikutlah petua2 yg sudah digariskan dlm Islam, esp bab 'seagama'. Mau ke Sheila jadi mualaf, restu ke keluarga dia anak pompuanya bersyahadah. Itu yg terpenting dulu sebelum merapu tak tentu. |
|
|
|
|
|
|
|
lahai buruknyaaalah jantan muka kucing kurap oyen ni.. rhoper dah macam mainecoon ko tu...
gigih nakkan cikki gemuk garang rupa pari pari tak padan dengan rhoper sendiri pun macam kucing kurap... yihhh
 |
|
|
|
|
|
|
|
oklah berita iqbal pula
dah lama sgt asyik shoeb shoeb shoeb |
|
|
|
|
|
|
|
die kulit putih, ko kulit hitam? ape igt ni kat amerika ke? ckp jela bangsa/agama x same, kan senang terus terang kalo nak reject  |
|
|
|
|
|
|
|
iqbal ni nak pencen bini la ni bila dah tua.. hahahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ye je ko dekkk.. demi secebis perhatian |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkah! Akak risau kau nangis Iqbal oi bila kena tengking dengan sheila tu kalau korang jadi kahwin.
But!!!! Akak lagi risau kalau sheila terima cinta kau. Risau kau lari ke aussie sana macam sajat sebab nak lari dari cinta sheila |
|
|
|
|
|
|
|
Iqbal ni memang sejenis yang tak fikir dulu main cakap je kan. Dia tak fikir ke apa perasaan mak dia. Kalau sama agama tak apa lah, ni dah lah berlainan agama, kerektor org tu lagi, boleh ke ngam dgn family dia. Kalau family background mmg org KL kut lah boleh terima |
|
|
|
|
|
|
|
Ko pantang prmpuan viral ye.nak je menempel nama kt situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck. Especially kalau Ins tu ada abang atau adik lelaki.
Sll kita dgr perempuna melayu kawin lelaki india. Dan mungkin kita kenal kawan2 perempuan sedara perempuan kita kawin lelaki india.
Ada sapa2 kenai mana2 lelaki melayu kawin perempuan india. Mungkin ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahaahaa
tergelak aku
nak mandi bunga ke nak mandi kari.
pandai balbal ambik peluang
dulu pun mencapub dgn bida
up lah nama |
|
|
|
|
|
|
| |
|