View: 159|Reply: 0
|
Mbappe mesti tandatangani kontrak baharu - PSG
[Copy link]
|
|
MBAPPE masih mempunyai baki kontrak setahun lagi bersama PSG. FOTO AFP
Poissy: Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser al-Khelaifi menegaskan penyerang berstatus bintang mereka, Kylian Mbappe 'mesti menandatangani kontrak baharu' jika dia mahu kekal di kelab itu musim depan.
"Kedudukannya sangat jelas. Jika Kylian mahu kekal, dia mesti menandatangani kontrak baru. Kami tidak boleh membiarkan pemain terbaik di dunia hari ini pergi secara percuma. Ia mustahil.
"Dia beritahu tidak akan pergi percuma. Jika seseorang sudah mengubah fikirannya, itu bukan salah saya," kata Khelaifi ketika ditanya mengenai penyerang Perancis itu selepas Luis Enrique diumumkan sebagai jurulatih baharu kelab itu.
Mbappe bulan lalu mengisytiharkan bahawa dia tidak akan melanjutkan kontraknya, yang akan tamat tahun depan, tetapi menunjukkan mahu kekal untuk musim terakhir.
Oleh itu, kelab mesti menjual pemain itu dalam jendela perpindahan kali ini. Jika tidak, mereka mungkin akan kehilangannya secara percuma apabila perjanjiannya tamat selepas musim depan.
Mbappe menyertai PSG dari Monaco pada Ogos 2017 menerusi perjanjian bernilai 180 juta euro (RM909.1 juta) dan sudah membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain paling terkemuka di dunia.
Dia menjaringkan hatrik untuk skuad kebangsaan Perancis ketika tewas pada aksi final Piala Dunia 2022 kepada Argentina sebelum membantu PSG memenangi rekod kejuaraan Perancis ke-11.
Dia adalah penjaring terbanyak Ligue 1 musim lalu dengan 29 gol dan menjaringkan 41 gol dalam 43 perlawanan disemua pertandingan.
Pemain berusia 24 tahun itu dijangka akan berhijrah ke Real Madrid setahun yang lalu apabila kontraknya sebelum ini sudah berakhir, namun akhirnya bersetuju dengan perjanjian baharu untuk kekal di Paris.
Ia adalah kontrak dua tahun dengan pilihan musim ketiga sehingga 2025, yang mana dia sudah pun menyatakan tidak akan menyambung kontraknya.
"Saya akan terus bermain untuk PSG. Saya masih mempunyai baki setahun dalam kontrak saya dan akan menghormati kontrak itu," kata Mbappe pada Mei lalu.
Luis Enrique, yang menandatangani kontrak dua tahun di Paris untuk mengambil alih tugas selakunjurulatih daripada Christophe Galtier, mengelak apabila ditanya jika beliau menerima sebarang jaminan bahawa Mbappe akan kekal untuk musim seterusnya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kontrak-baharu-psg |
|
|
|
|
|
|
| |
|