View: 167|Reply: 0
|
Spurs tak rela lepaskan Kane
[Copy link]
|
|
KANE dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich. FOTO AFP
London: Tottenham mengemukakan tawaran kontrak lebih lumayan kepada Harry Kane yang akan bertambah baik berbanding gaji £200,000 (RM1.1 juta) seminggu ketika ini.
Bagaimanapun tonggak utama kelab itu tidak berminat untuk menandatangani kontrak baharu dan pastinya tidak akan berbuat demikian ketika jendela perpindahan masih dibuka.
Kane, yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-30 pada 28 Julai, sudah memasuki 12 bulan terakhir kontraknya selama enam tahun di Spurs sekali gus menjadi sasaran beberapa kelab terkemuka termasuk Bayern Munich.
Gergasi Jerman itu pada minggu lalu melakukan bidaan awal sekitar 70 juta euro (RM354.1 juta) dengan pengendali Bayern, Thomas Tuchel berusaha keras untuk mendapatkan khidmat Kane.
Pendirian Spurs ialah Kane bukan untuk dijual dengan pengerusi kelab itu, Daniel Levy yang menyaksikan Tottenham melalui kempen teruk musim lalu, sedar bahawa popularitinya akan terus merundum sekiranya Kane meninggalkan mereka.
Levy percaya Kane mahu melihat masa depan yang cerah di Spurs dan bukan sekadar gaji lumayan di bawah perjanjian kontrak baharu.
Terdapat harapan bahawa pengurus baharu Spurs, Ange Postecoglou mampu mengubah nasib kelab itu dengan mendapatkan beberapa tonggak baharu.
Spurs sudah menandatangani penjaga gol, Guglielmo Vicario dan pemain tengah, James Maddison serta bersedia untuk mengumumkan pembelian pemain sayap, Manor Solomon.
Keutamaan sekarang ialah pertahanan tengah dan dengan Davinson Sanchez serta Japhet Tanganga mahu dijual, kelab itu boleh menambah seramai tiga pemain lagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -rela-lepaskan-kane |
|
|
|
|
|
|
| |
|