CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 516|Reply: 8

Suami Tak Halang Pun, Faouziah Ghous Yang Tak Bersedia Nak Berlakon "Sekarang Saya Agak Memilih Tawaran"

[Copy link]
Post time 5-7-2023 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Sivuk menguruskan perniagaan minuman sarang burung FG Walet, Fouziah Gous, 41, menafikan dia sudah melupakan dunia seni.


Katanya keinginan untuk berlakon dan melakukan kerja-kerja pengacaraan masih menebal dalam dirinya.


Foto: IG




“Bahkan saya sering muncul di Astro, menjual produk sendiri tiga empat kali seminggu. Saya tak pernah bosan, malah seronok.


“Untuk kembali berlakon mungkin agak susah sebab masa tak berapa mengizinkan.


“Itu tidak bermaksud saya tinggalkan lakonan, cuma mungkin sekarang saya agak memilih tawaran,” katanya kepada Utusan.


  



Mengulas lanjut, anak kelahiran Kuala Lumpur mengakui dirinya kini agak selektif dalam memilih tawaran untuk berlakon.


“Semua watak saya dah lakonkan, air mata, teraniaya dan banyak lagi. Kalau pun ada tawaran lagi, biarlah berbaloi untuk saya buat,” ujarnya.


Dalam pada itu, Fouziah menafikan campur tangan suami, Datuk Zhafran Md. Yusof dalam keputusan untuk tidak kembali berlakon buat masa ini.


  



“Malah sebenarnya dia sangat menggalakkan dan menyokong untuk saya kembali berlakon. Cuma saya yang belum bersedia,” kongsinya.


Pencapaian diraih pelakon ini dalam bidang keusahawanan wajar dijadikan contoh. Namun, Fouziah akui jalannya tidak mudah.


Selepas bertahun-tahun berhempas pulas, hari ini dia merasai kenikmatan kerja kerasnya.


  



“Banyak yang saya korbankan sebelum keluar dengan produk minuman sarang burung FG Walet yang saya usahakan sejak 2008. Lima tahun pertama, tak ada yang percaya produk saya kerana ia masih baru di pasaran. Pesaing pun tak ramai.


“Perjalanan saya susah. Saya hadir kelas dan buat kaji selidik meskipun orang tak yakin dengan apa yang saya buat, termasuk keluarga saya sendiri. Malah, awal dulu, banyak tawaran lakonan yang saya tolak semata-mata nak fokus perniagaan ini.


“Orang nampak apa yang saya capai, tapi mereka tak melihat apa yang saya lalui,” ujarnya.


  



Kata Fouziah, kunci kejayaan adalah sabar dan yakin. Tanpa dua perkara itu tidak mungkin dia genggam apa yang dimilikinya hari ini.


“Ramai yang berniaga, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tetapi ramai juga yang nak mudah, berniaga ikut trend sebelum hilang entah ke mana. Perniagaan masing-masing, saya tak kata betul atau salah,” kongsinya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sesaper pernah makan ke fg walit dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 07:57 PM | Show all posts
Perawankota replied at 5-7-2023 07:39 PM
Ada sesaper pernah makan ke fg walit dia ni

pernah... iols dapat banyak kali sarang burung dia ni dari kawan sebagai hadiah...

rasa macam air sarang burung yang lain je sebab confirm lah repack jah tu macam produk2 sarang burung lain...

kira sedap la... air sarang burung kan refreshing gittuh..


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
baiklahhhhhhhh
gemparrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Saumi tu mende

Dorang ni bff dengan suami heliza kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Saumi
Sivuk

Sengaja typo ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota: Ada sesaper pernah makan ke fg ...


Pernah. Dulu suka beli dekat Mesra & 7E lepas tu skrg tukar minum yg higher concentration brand lain (kinohimitsu) sbb lagi value for money
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota: Ada sesaper pernah makan ke fg ...


Pernah. Manis dan mahal sangat harganya ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 09:15 AM | Show all posts
lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ko dndiam jela buat bsnes blakon pon xbest
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.044659 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list