CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 250|Reply: 2

Pemandu Ditahan, Degil Tak Nak Bayar Tol RM9,532

[Copy link]
Post time 4-7-2023 07:22 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK – Seorang pemandu warga Kemboja ditahan oleh Polis Lebuh Raya Thailand semalam selepas memandu melalui plaza tol di daerah Bang Lamung, wilayah Chon Buri tanpa menjelaskan bayaran berjumlah lebih 70,000 baht (RM9,322).


Thaiger melaporkan tangkapan itu dibuat pada pukul 1.30 pagi (waktu tempatan) yang diketuai oleh Pemangku Ketua Polis Lebuh Raya, Mejar Jeneral Jaroonkiat Pankaew.


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha telah dibuat untuk menambah baik aliran trafik di sepanjang Lebuh Raya 9 antara Bang Pa-in dan Bang Phli.


Foto: BBC




Pemandu kenderaan dibenarkan menggunakan jaringan tersebut walaupun tanpa akaun pembayaran  M-Flow, namun diwajibkan membayar caj tertunggak dalam masa dua hari selepas menggunakan lebuh raya di Thailand.


Kenderaan pikap yang dikendalikan oleh pemandu bernama Term Nuo itu adalah antara 20 kenderaan teratas yang disenaraikan dalam senarai pesalah mengelak membayar tol.


Laporan menunjukkan kenderaan itu telah melalui saluran M-Flow sebanyak 266 kali tanpa bayaran, sekali gus mengumpul bayaran tertunggak sebanyak 71,580 baht (RM9,532) dalam caj tol yang belum dijelaskan, lapor akhbar Bangkok Post. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 09:19 AM | Show all posts
bapak ah mahal mmpos
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 09:34 AM | Show all posts
ada tol ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.051226 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list