CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2383|Reply: 19

Akhirnya John Dihani Muncul Minta Maaf, "Saya Harap Abang Shuib Sudi Terima Kedatangan Saya Untuk Berjumpa"

[Copy link]
Post time 4-7-2023 06:19 PM | Show all posts |Read mode
John Dihani akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas didakwa menyebarkan fitnah terhadap Shuib.


"Dengan ini saya memohon maaf secara terbuka kepada Shuib dengan penuh ikhlas berkaitan perkongsian yang mengundang fitnah ke atas dirinya.


"Disebabkan perkongsian itu juga telah mengundang pengguna lain meninggalkan komen dan tindakan saya mengiyakan komen tersebut," katanya menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.


Foto: IG




Dalam pada itu, John turut menyatakan kesediaan bersemuka dengan Shuib bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.


"Sejujurnya saya menyesali tindakan saya berkongsi hantaran yang saya ambil dari posting orang di Facebook tanpa melihat kesan dan akibat dengan perkongsian yang membuta tuli itu.


"Saya harap Abang Shuib sudi terima kedatangan saya berjumpa Abang Shuib untuk membuat permohonan maaf secara terbuka diatas kekhilafan saya," ujarnya.


Pada Isnin Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya dia terlibat dengan dengan ikutan Freemason.


  



Dua individu itu juga menyebut, Shuib sengaja membuat perancangan dengan pihak hospital sehingga menyebabkan kematian isterinya Allahyarham Siti Sarah.


Sementara itu dalam satu perkongsian Shuib pula, dia dilihat seakan tegas membawa kes ini ke muka pengadilan kerana telah mencemarkan nama baiknya.


"Sila berhubung dengan peguam saya," tegasnya.


Seorang lagi individu iaitu Zuhairi sudah bertemu dengan Shuib dalam satu sidang media yang diadakan di Bubble Bee, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur pada Selasa. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana si john ni dapat cerita semua ni? Adakah dr group telegram bagai tu ke? Pastu konpiden je sembang kat socmed.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Betapa bodoh dan tak cerdiknya retis buruk macamni ko nak tuduh ahli illuminati...

Freemason pun tak nak nyah....

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 09:19 AM | Show all posts
Meolls hati hitam jadi meolls syak ini konten sahaja yaachhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 09:21 AM | Show all posts
Tak cukup fighter John. Ingat berani, baru nak kagum.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 09:33 AM | Show all posts
samannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn kasi saman ckop2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2023 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa bertauhid katanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 09:54 AM | Show all posts
Hilang dah nama anak bini dia dekat bio IG eh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 10:05 AM | Show all posts
rayna_raynes replied at 5-7-2023 09:54 AM
Hilang dah nama anak bini dia dekat bio IG eh

takut la tu org kacau anak bini dia. dia cakap pasal arwah n shuib boleh pulak ye. harap shuib teruskan je saman. sok lusa mesti dia buat lagi kat orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:10 AM | Show all posts
sebelum buat sesuatu, pikir samada kita ni berduit ke tak nak lawan org yg byk duit....
kalau betul takpela jugak....
benda da la tak betul...ko sebar2 gituh
ha mendapat la kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:49 AM | Show all posts
tau kecut perut......
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon dia join forummer...let's the acik acik forum buat orientasi forummer baru...X cukup tanah satgi
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:04 AM | Show all posts
Ermmm kerana mulut badan binasa... kerana jari court laa jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:25 AM | Show all posts
Tergelak bila baca nama betul Soeb. Pandai Jep tukar nama dia, barulah masuk. Shahmira ni nama puang kot. Lelaki patutnya Shahmir.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:48 AM | Show all posts
malas nk amek port psl si soib nih!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman je..ai sokong…time tabur fitnah x tgk kiri kanan..rasakannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 12:49 PM | Show all posts
aku sebenarnya tak berapa suka orang guna perkataan khilaf when it come to apologizing. paham tak maksud khilaf tu. tak boleh sesuka hati sebut khilaf especially bila terang terang kita buat salah. khilaf ni kalau tak sengaja, salah paham boleh la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita telah menang. Gitewww wasap status kawan anti vaksin aku.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman je orang2 yg tabur pitenah mcm tabur dedak ayam ni mak sokong wpun mak mmg rengsek dengan ketidakhenseman si tukang saman.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
malarky replied at 5-7-2023 12:49 PM
aku sebenarnya tak berapa suka orang guna perkataan khilaf when it come to apologizing. paham tak ma ...

Betol.  Lagi 1 org yg sudah menyusahkan org dgn sengajanya... lps tu kuar ayat... "maaf tau menyusahkan"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.063499 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list