View: 906|Reply: 19
|
Suami Meninggal Sakit Jantung, Ibu Tunggal Merana Nak Sara Lima Anak- Pendapatan RM200 Sebulan, Anak Sulung Terpaksa Berhenti Sekolah
[Copy link]
|
|
MANJUNG – Seorang ibu tunggal di sini bergantung harap kepada pendapatan kira-kira RM200 sebulan dan sedikit bantuan kewangan daripada pihak berwajib.
Kehidupannya sukar untuk menyara lima anaknya termasuk bayi yang baru dilahirkan bulan lalu.
Fadzilah Roshani, 38, berkata, dia terpaksa membesarkan anak-anaknya seorang diri setelah suaminya, Abdullah Mat, 53, meninggal dunia pada 14 November tahun lalu kerana masalah jantung ketika usia kandungannya lima bulan.
Foto: Kosmo
“Sebelum ini, kami mencari rezeki dengan menawarkan khidmat memotong rumput.
“Setelah suami meninggal dunia, tanggungjawab itu terletak di bahu saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seri Manjung di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Noor Fadzilah berkata, dia masih lagi meneruskan perkhidmatan memotong rumput, namun berdepan kekangan untuk melakukannya sendiri.
Katanya, kerja itu diberikan kepada orang lain dan dia dibayar komisen antara RM10 hingga RM30 bagi setiap pelanggan.
“Dalam sebulan, saya memperoleh komisen antara RM150 hingga RM200.
“Selain itu, kami sekeluarga turut bergantung kepada bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat termasuk barangan bayi, jumlah itu tidak mencukupi,” katanya.
Dalam pada itu, dia berkata, sejak arwah suaminya mula berdepan masalah kesihatan sekitar 2020, anak sulungnya terpaksa berhenti sekolah disebabkan masalah kewangan.
Orang ramai yang ingin membantu, boleh menghubungi Fadzilah di talian 014-348 9141 atau menyumbang ke akaun Maybank iaitu 158293545814. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
..dalam pada hidup mengais dan masalah kesihatan.... tetap jugak memilih untuk tidak merancang keluarga.
Benda halal katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Cian anak2 bukan kat mak..
|
|
|
|
|
|
|
|
1. Pancut dalam kesedapan dan kepuasan bagi suami/isteri.
2. Kondom bagi org kampung umpama 'makruh' siapalah 'kita' nak tolak 'rezeki' Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by shida81 at 4-7-2023 11:56 AM
Bende da jd.. Ak mls nk cakap
Tp ank yg kn betenti tu.. Cg x dtg jenguk ke or tlg2 dptkan apa2 bantuan.. Ketua kg x yh ckp la.. Ntah kenal ntah tdak org2 ssh kt tempat dia... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian anak2, harap dipermudahkan urusan family ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam pada itu, dia berkata, sejak arwah suaminya mula berdepan masalah kesihatan sekitar 2020, anak sulungnya terpaksa berhenti sekolah disebabkan masalah kewangan.
Mula2 nk simpati...terus cancel bila bc perenggan atas. Dah tahu sakit buat anak lg. Knp kefakiran tu ingin diwariskan kpd anak2? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm manalah besarkan anak-anak dengan makanan berkhasiat klu mcm tu. makanan berkhasiat ni ada pengaruh besar dengan perkembangan pelajaran seorang anak |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tengok budak-budak tu.
weols selalu berhajat nak ambik anak angkat sorang. hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Thunderclouds at 4-7-2023 12:19 PM
Kalo rasa xmampu seeloknya hantar ke welfare je la.
Walau xsanggup berpisah,tp kurang² kebajikan + pendidikan ank² terjaga.
Boleh ja jenguk² bila rindu.
Harap org ramai nk bantu x sustainable utk long term. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sayurmayur88 at 4-7-2023 01:13 PM
kesian tgk kt akak ni,lebih kesian kt anak2 dia.
apalah perasaan budak2 tu, dahlah jadi yatim, hidup susah lagi.
semoga Allah memberi kemudahan buat mereka dan diberikan kekuatan.
syukurlah ada no hp dan no akaun akak tu. blh la menyumbang sikit2. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya la hai.. memula baca tajuk.. ingatkan masa arwah suaminya ada.. kehidupan dorang ok.. bila arwah meninggal barula susah..
tapi bila kata dorang ambil upah potong rumput je sebelum ni.. alahai.. sebelum lahir anak kelima pon.. dengan pendapatan potong rumput sara anak 4 pon dah sakit.. ini pulak dalam berpenyakit sempat lagi menambah anak.
Bininya pun muda lagi .. belum 40 tahun.. masih kuat bekerja.. carila keje lain... takkanla awak pon nak keje potong rumput.. paling tidak.. jaga anak orang ke... buat nasi lemak hantar kat kedai2 ke.. apa2 la yang lebih praktikal.
Anak yg sekolah tu.. biasanya dapat bantuan RMT.. kurang2 makan kt sekolah dah ada support... yuran2 pon biasanya sekolah ada bantuan dari PIBG kalau keluarga mcm ni.. takyah la berhenti.. lagila apa nak jadi nasib anak tu nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jap, kenapa golongan pengamal poligami tak berkempen kawen dengan balu2 hidup susah macam ni eh? Bela anak2 yatim?
Barulah menghidupkan sunnah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja cleaner pun ok.
Cuma ada baby tu, nanti kena kira juga kos pengasuh untuk baby.
Aku nak berkata juga walaupun pahit: dah susah dengan laki sakit mengapa nak ada baby lagi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tgk anak2... semoga dipermudahkan urusan keluarga ni. Anak2 jgn dibiar xsekolah. Kesian nanti masa depan xtau mcm mana... usahakanlah utk budak tu sek jugak. Mak muda lagi.. baru 38. Moga ada jalan keluar utk masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga ni. |
|
|
|
|
|
|
|
anak tak sekolah
sbb miskin?
sekolah boleh je dapatkan bantuan
kena jujur bagi tau pihak sekolah
tidak kejam pun cikgu2 sekolah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mana datuk, pakcik, wali2 budak ni? Jangan lepas tangan noks |
|
|
|
|
|
|
|
tula masa somi hidup xnk amek insuran |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dipermudahkan urusan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|