CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 1

Lelaki Gila Bayang Mati Ditembak Pada Kemaluan

[Copy link]
Post time 3-7-2023 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Bangkok: Gara-gara sering mengganggu dan menyerang bekas teman wanitanya, seorang lelaki di Thailand maut selepas ditembak pada perut dan kemaluannya.


Portal berita Thaiger pada hari ini melaporkan, Chawarit Tirananon ditembak mati oleh rakan bekas kekasihnya, Thanonsak Pruemarporn selepas dia menyerang dan membelasah wanita berkenaan.


Dalam kejadian kelmarin, Chawarit disahkan mati selepas dibawa ke hospital setelah ditembak oleh bekas pegawai SEAL Tentera Laut Diraja Thailand itu.


Selepas siasatan polis dijalankan, satu keputusan akan dibuat mengenai kebarangkalian dakwaan membunuh akan dikenakan ke atas Thanonsak. – Facebook





Bekas teman wanitanya,  Sanatsada Piwita berkata, Chawarit cuba memenangi hatinya kembali, namun sikap lelaki itu yang sering mengekorinya membuatkan dia ketakutan.


Justeru, dia meminta Thanonsak membantu melindunginya daripada sikap ganas Chawarit.


Pada hari kejadian, Chawarit dan seorang rakannya dikatakan menunggu Sanatsada di hadapan rumahnya, membuatkan wanita itu ketakutan dan menghubungi Thanonsak.


Sebelum Thanonsak tiba, Chawarit melepaskan beberapa das tembakan ke arah trak pikap milik Sanatsada sebelum mengheret wanita itu keluar daripada  kenderaan  dan membelasahnya.


Sejurus tiba, Thanonsak menembak Chawarit dalam usaha mempertahankan diri, namun peluru mengenai perut dan zakar lelaki tersebut lalu membunuhnya.


Thanonsak pada awalnya menghadapi dakwaan membawa senjata api di tempat awam tanpa kebenaran.


Namun, polis kemudian mengumumkan akan melakukan siasatan terperinci mengenai kes tersebut. Keputusan sama ada Thanonsak akan didakwa kerana membunuh hanya akan diumumkan selepas siasatan selesai. – Agensi




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 06:10 AM | Show all posts
uishh. sandi jg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048888 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list