CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 2

Pasangan Kekasih Korea Cekik Bayi Sampai Mati, Tanam Mayat Di Kawasan Pergunungan

[Copy link]
Post time 3-7-2023 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Polis pada Ahad menahan wanita berusia 30-an dan kekasihnya berusia 20-an selepas disyaki mencekik bayi mereka berusia lima hari sehingga mati di bandar Geoje, Korea Selatan.


Mereka didakwa menanam mayat bayi malang itu di kawasan pergunungan di Geoje, 331 kilometer di selatan Seoul.




Gambar hiasan




Kedua-dua suspek sebelum ini mendakwa mereka menemukan jasad bayi itu pada 9 Sept lalu dan menanam mayat bayi itu pada hari berikutnya, tetapi kemudian menukar pengakuan mereka dan mendakwa bayi itu telah dihanyutkan di sungai.


Ia adalah siri kes penderaan terhadap kanak-kanak terbaharu selepas kerajaan melancarkan siasatan untuk memeriksa kesejahteraan lebih 2,000 bayi tidak berdaftar yang dilahirkan sejak 2015, ekoran penemuan dua mayat bayi baru lahir di dalam peti sejuk bulan lepas.


Perbicaraan kes terhadap seorang lagi wanita yang dituduh membiarkan bayinya mati kebuluran pada 2019 sepatutnya berlangsung di Mahkamah Daerah Suwon, 30 km selatan Seoul pada Ahad, tetapi suspek telah mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan.


Wanita berusia 20-an itu ditahan pada Jumaat atas tuduhan mengabaikan anaknya dan membiarkan anaknya mati kelaparan dengan tidak memberinya makan selama tiga hari di rumahnya di Daejeon, 139 kilometer di selatan Seoul, selepas melahirkan anak itu pada April 2019.


Mayat bayi itu masih belum ditemui, kata polis.


Pihak berkuasa pada mulanya melakukan siasatan di kawasan pergunungan berhampiran rumah suspek di Daejeon untuk mengesan mayat bayi itu selepas dia mendakwa dia menanamnya berhampiran rumah lamanya.


Dia telah berulang kali mengubah ceritanya, memberitahu polis lokasi yang berbeza.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengaruh K-Pop ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 06:13 AM | Show all posts
mcm2 betul. ksian baby tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.630513 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list