CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6736|Reply: 73

Yistana Kokdiang Che ta siap akhirnya slps discam kontraktor beberapa kali

  [Copy link]
Post time 2-7-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by pencintaABC at 2-7-2023 03:11 PM

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/utama/2023/07/983405/kontraktor-cap-ayam



UTAMA
Kontraktor cap ayam

Oleh Nurul Husna Mahmud dan Ridzuan Abdul Rahman
am@hmetro.com.my
A view of the sea
Che Ta ‘naik hantu’ kontraktor tak siapkan projek ubah suai rumah lepas belanja jutaan ringgit
Kuala Lumpur: Pada hujung Januari 2020, pelakon cantik, Rozita Che Wan 'naik hantu' apabila kontraktor yang diupah didakwa gagal menyiapkan projek pengubah suaian rumahnya.

Rozita menerusi Instagramnya memaklumkan bahawa rumah banglo miliknya masih belum disiapkan sedangkan sudah dua tahun proses ubah suai itu dilakukan.

Paling menyakitkan hatinya apabila kontraktor terbabit turut lari menghilangkan diri tanpa dapat dikesan.

Menurutnya, dia sudah membelanjakan wang jutaan ringgit untuk projek pengubahsuian itu dan tidak mampu bersabar dengan hasilnya.


"Siapa yang mampu bersabar selepas dua tahun, kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah saya tidak siap-siap. Apabila mengupah kontraktor tempatan atas niat membantu, inilah hasilnya.

"Bukan hendak memalukan orang kita, tetapi inilah hakikat yang saya hadapi. Kita bagi rezeki, mereka kerja main-main. Saya lantik kontraktor ini atas saranan teman. Nampaknya, kadang-kadang, cadangan kawan pun tak boleh pakai," katanya.


Rozita memaklumkan bahawa pengubahsuaian kediamannya sepatutnya disiapkan pada 10 Januari 2020 berdasarkan perjanjian.

"Bayangkanlah, kalau tak bayar duit, kerja ubah suai tak jalan.

"Apabila kita bayar, sikit-sikit minta wang (tambahan) lagi. Mungkin mereka guna duit secara tidak betul sehingga menyebabkan kerja tergendala.

"Peruntukan membayar (gaji) pekerja dan membeli bahan binaan juga mungkin tergendala.

"Balkoni, lantai itu dan ini semuanya tak siap. Akhirnya mereka lari.

"Sekarang saya terpaksa buat pelan B dengan melantik kontraktor baharu menyudahkan semua kerja," katanya.

Sepanjang tempoh itu, dia diberi pelbagai alasan seperti sudah berpindah pejabat, kakitangan berhenti kerja dan bermacam-macam perkara lain.

"Lucunya, foto dan video proses pengubahsuaian rumah saya dipromosikan pada akaun Facebook milik kontraktor terbabit. Kerja tak siap, ada hati pula hendak perkenalkan perkhidmatan mereka kepada orang lain," katanya.

Selepas empat tahun menanti, Rozita bersama suami, Zain Saidin dan anak-anak bersyukur apabila kediaman bernilai RM10 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya, akhirnya boleh diduduki.

Rozita atau mesra disapa Che Ta memberitahu, mahligai itu menjadi hadiah bermakna bagi sambutan hari jadinya yang ke-50, pada 9 Mac lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 01:29 PM | Show all posts
ya ampun jadi selama ni gambar2 sheols hambik tu kat rumah sape chuolsss???

macam mana nak tengok rhoperr istana kokdiang ni... duduk di alam bunian kah?

iols kena buka hijab ke macam mana untuk melihatnya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 2-7-2023 01:29 PM
ya ampun jadi selama ni gambar2 sheols hambik tu kat rumah sape chuolsss???

macam mana nak tengok r ...

Kan ada rumour mengatakan photoshoot semua tu di hotel...takkan la Air B&B chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 01:34 PM | Show all posts
Kronologi Ringkas Istana Kokdiang

  • 2017 Pembinaan tergendala di tipu kontraktor
  • 2019 Nekta kata rumah dah boleh masuk raya tahun depan
  • 2020 Tergendala di tipu kontraktor kembali
  • 2021 Katanya dah boleh masuk dan siap raya tahun tu
  • 2022 Masih belum siap dan dalam pembikinan
  • 2023 Tergendala di tipu kontraktor balik
  • 2025 Nekta menyewa penthouse berhampiran klcc
  • 2030 Istana kokdiang hampir siap
  • 2035 Interior designer lari
  • 2040 Istana kokdiang hilang di syaki lari ikut kontraktor
  • 2050 Nekta duduk istana yang penuh dayang dayang dan pembantu di dalamnya (Rumah orang tua sri kenangan Kangar)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi Mac 2023 kata dah start didiami sempena jari jadi che ta ke 50 - https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/1075432/amp
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 01:48 PM | Show all posts
pencintaABC replied at 2-7-2023 01:32 PM
Kan ada rumour mengatakan photoshoot semua tu di hotel...takkan la Air B&B chuols?

ya ampun jadi selama ni rumah yang di katakan bilik ecah tu rumah orang lain rhopernyaaa...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2023 02:06 PM | Show all posts
mmg sampai sudah tak siap kalo dok pakai kontraktor bunian
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Betapa Besar dan GAH Yistana nek ta
Bertahun tahun kontraktor tak ssempat siapkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni berita lama ritu kan
Yang kata modal 10 jota tuk ID
Sekarang dah siap katenyeh
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon belanja pic umah Cik Ta,pls
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pon rasa ni berita lama sebab kediaman CheTa yg apartment di sbg jaya tu dah ksong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
irsa replied at 2-7-2023 02:44 PM
Iols pon rasa ni berita lama sebab kediaman CheTa yg apartment di sbg jaya tu dah ksong.

Ya uolszah dia cerita pengalaman kena scam dgn kontraktor beberapa kali..pastu tertangguh sbb pkp masa covid. Mac 2023 dah didiami katanyerr tapi we need the photos as evidence.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
X kan la ko sbg owner bodoh sgt x de agreement black n white dgn kontraktor yg lari tu..mudah je ko saman ..ni semua kisah hasanah x de duit ke apa atau banglo hanya khayalan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah 10jota?? Sgt sukar utk ku percaya, unless ko ada kedai dobi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bobal sembang Vavi tol... Umah reban ayam ke.. tak tahu buat polis report, tribunal claim?
Bukan seribu hinggit.. juta wohhhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni tgk gaya bknnya level kayangan tp berangan mcm level2 jutawan

Duk umah teres biasa udahlah renovate lawa2 lpstu anak2 laki tu suh bljaq bdikari duk kat lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 04:05 PM | Show all posts
damansara jugak? so berjiran la ngan AS sajat apa semua tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang atasan aku buat ID tak siap ontime tak ikut agreement pun mampu buka kes dekat tribunal & upah lawyer semata nak minta claim balik.
Ini rumah jota2 biar gitu je bertahun2?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pencintaABC replied at 2-7-2023 02:55 PM
Ya uolszah dia cerita pengalaman kena scam dgn kontraktor beberapa kali..pastu tertangguh sbb pkp  ...

A'ah , dah bulan julai x ada nmpk lagi post istana tersergam indah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mana pic rumahnya???
yg aritu tepek bilik tido toilet si ecah dgn curtain meleret-leret2 tu ke rumahnya skrg?
kat ig skuaddekorasi yg dapur kabinet hitam tu ke dapur gah cheta?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.175372 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list