CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1356|Reply: 12

Tunang Suka Pinjam Duit, Kalau Tak Bagi Merajuk!

[Copy link]
Post time 2-7-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita yang tidak mendedahkan identitinya berkongsi pergelutan emosi yang menampung pelbagai kos untuk perniagaannya dan pada masa sama berhadapan dengan kerenah tunang yang suka meminjam wang.


Menurut wanita itu, dia bukanlah seorang 'berkira' namun kerana perkara tersebut menjadikan dirinya kurang senang.






"Saya baru bertunang, bakal berkahwin dalam tempoh beberapa bulan. Dia seorang lelaki yang baik, tak kedekut, hormat orang tua. Pendek kata dia mempunyai semua kriteria seorang pasangan yang baik... tak ada kurang di mana.


"Dia buat bisnes sementara saya kerja makan gaji. Sekarang dia sedang bergelut dengan bisnesnya tapi masih yakin untuk teruskan rancangan berkahwin.


"Kebelakangan ini boleh kata hampir setiap bulan dia akan minta pinjam duit. Kadang nak top-up selesaikan bayar sewa, kadang minta top-up modal bisnes," luahnya berkongsi cerita.


Menurut wanita tersebut, dia mengakui ada kalanya berasa terlalu keberatan untuk meminjamkan wang kepada tunangnya sendiri memandangkan boleh dikatakan agak kerap situasi tersebut berlaku.


"Kalau saya macam tak nak bagi, mesti kami akan dingin beberapa hari dan dia akan cakap nak minta tolong kawan. Tapi selalunya memang kawan dia tak ada duit nak tolong.


"Maka, akhirnya saya pinjamkan juga dan ia berulang-ulang. Dia akan bayar tapi lambat. Yang bulan lepas pinjam pun belum bayar tapi nak pinjam lagi.


"Bila main soal duit ni, saya rasa tak best. Saya punyalah ketepikan nafsu shopping dan penat menyimpan tapi orang senang-senang je minta pinjam," luahnya lagi.






Situasi tersebut secara tidak langsung membuatkan wanita itu berfikir sama ada dirinya bersedia untuk melalui episod tersebut untuk tahun-tahun mendatang bersama pasangannya.


"Adakah normal untuk setiap pasangan saling membantu dengan cara sedemikian? Saya ni kedekut atau pentingkan diri ya? Saya perlukan pendapat anda. Teruskan atau tinggalkan? Tolong saya," katanya lagi sambil meminta pendapat warga maya.


Luahan tersebut yang dihantar menerusi Direct Message (DM) dikongsikan semula di laman Twitter @confesstweetMY.


Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan supaya wanita berkenaan menangguhkan dahulu rancangannya untuk mendirikan rumah tangga sehingga situasi pasangannya stabil.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut org la kut.. aku personally rs red flag sesuatu relationship tu depends kt cople tu.. ada stgah org rs red flag sgt benda tu n xnak cope, ada org pkr ok je sbab tu.. rsnya kita yg define our own red flag criteria and decide ok ke x nak accept. Kalo bab duit ni, laki biasala bila da kaya nanti kelabu mata lak huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko dh biasakn dia gitu dekkk..
Tunang ko dh kesedapan (mintak pinjam,ko bg).
Xleh perbetul dh tu.
Ko kawen esok auto dia xbyr dh tiap kali meminjam,nnt dia ckp ko bkira ngn laki sendri.
Menempah la ye.
Esok dh kawin KRT lain pulekkkkk..
Good luck
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum apa2 lagi dah mintak duit dengan alasan pinjam. Dah kawin nanti makin kerap la dia pinjam duit. Unless kalau dia pinjam & dia memang bayar balik, bukan sekadar janji manis di mulut. Hati2 lah ye, dik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kengkawan dia bkn xde duit dik, kengkawan dia saje xnk kasi psl diaorg dh muakk dgn tunang u ols yg sokmo meminjam ittuwwwww. Red flag betul tu dikk. Takyah ler kawen kalu dh gitu ghoper nye.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sedar lagi ko tu sekadar ATM pada dia???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2023 08:54 PM | Show all posts
Binodino replied at 2-7-2023 11:12 AM
Belum apa2 lagi dah mintak duit dengan alasan pinjam. Dah kawin nanti makin kerap la dia pinjam duit ...

Klau pihak sna asek nak pinjam duit & suka ugut nak mmukul pdhl bru couple, tu mmg red flag, baik tinggalkn je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 08:55 PM | Show all posts
mawardia replied at 2-7-2023 11:49 AM
Kengkawan dia bkn xde duit dik, kengkawan dia saje xnk kasi psl diaorg dh muakk dgn tunang u ols yg  ...

Llaki klau blum khwin dh asek pinjam duit ataupun cpat naik angin & asek ugut nak mmukul mmg red flag pun, segera lh d tinggl kn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 2-7-2023 08:54 PM
Klau pihak sna asek nak pinjam duit & suka ugut nak mmukul pdhl bru couple, tu mmg red flag, baik  ...

Exactly. And kalau awal2 tu dah nampak ada red flag, sila angkat kaki. Jangan acah2 think positive & anggap pasangan tu akan berubah lepas kawin/bila dah ada anak.

And kena perhati jugak dia tu betul2 insaf & berubah atau sekadar lakonan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 10:42 AM | Show all posts
Binodino replied at 3-7-2023 09:51 AM
Exactly. And kalau awal2 tu dah nampak ada red flag, sila angkat kaki. Jangan acah2 think positive ...

Xyah rsa ragu2, trus je angkat kaki & blah jauh2 dri org yg bnyk red flags.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinggalkan je dik. Percayalah, bila dia ada duit nanti, dia akan cari perempuan lain. It's true, trust me.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Eee..xde pape ikatan, usahla dik non uiiii…

Bnda2 mcmni blh jd point kendian hari. This is definitely red flag. Cabut la cepat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 01:59 AM | Show all posts
selagi blm ada ikatan ni jgn la memandai nak bg pinjam/meminjam duit ni…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.430601 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list