CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

[Pahang] Hanya dua jam ada air di Kampung Som

[Copy link]
Post time 28-6-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode

HASRAN Shahidan menunjukkan paip tidak mengeluarkan air untuk menyimpan bagi bekalan memasak, membasuh dan mandi di rumah Jalan Kelompok, Kampung Som di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT: Kira-kira 30 buah rumah di Jalan Kelompok, Kampung Som di sini mengalami gangguan bekalan air sejak tiga tahun lalu berikutan tekanan rendah saluran paip ke kawasan penempatan di situ.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk, Hasran Shahidan, 43, berkata, jika ada, air cuma menitis dan cukup perlahan malah tiga hari dalam seminggu penduduk berdepan masalah langsung tiada bekalan air.

“Kadang-kadang cuma ada dua jam air paip itupun sangat perlahan dan perlu ditadah untuk simpanan bagi membasuh, memasak dan anak mandi sebelum ke sekolah,” katanya di sini semalam.

Menurut Hasran, keadaan ini berlanjutan sejak tiga tahun lalu disebabkan mengalami tekanan rendah berikutan lokasi penempatan kawasan Jalan Kelompok di tempat yang tinggi berbanding kebanyakan rumah di tempat lain Kampung Som di tempat yang rendah.

Katanya, mereka berharap pihak berwajib prihatin dengan masalah bekalan air membabitkan 30 buah rumah di situ kerana bekalan itu penting lebih lagi persiapan Hari Raya Aidiladha pada Khamis ini.

Suri rumah, Rahimah Ali, 43, berkata, dia kerap berdepan tekanan ketika waktu membasuh pakaian dan persiapan anak ke sekolah.

“Untuk memasak dan membasuh pinggan-mangkuk, kami simpan lebih awal kerana air paip kadang-kadang dua jam sahaja sehari.

“Jika senario gangguan berlanjutan bermakna ‘sengsaralah’ kehidupan kami apabila terpaksa mandi sekali sehari ditambah pula beban untuk membersihkan peralatan dapur, pakaian dan sebagainya,” katanya.

Ujarnya, pihak berwajib diharap dapat memulihkan kemudahan tersebut supaya penduduk lebih selesa melakukan urusan harian termasuk keperluannya yang membuat dan menjual kuih-muih sebagai pendapatan sampingan.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... air-di-kampung-som/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.655273 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list