Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak bercadang membuat laporan kepada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap kecaman atau buli siber yang dilakukan seorang individu terhadapnya.
Bagaimanapun, Siti yang bakal melancarkan album berjudul Sitism pada 30 Jun ini bertindak memberikan amaran supaya perkara tidak sihat ini tidak terus berlarutan.
Pengurusnya, Rozi Razak berkata, tindakan ini wajar dibuat sebelum individu terbabit meleret menulis yang bukan-bukan.
"Siti hanya beri amaran dengan menanda (tagged) individu ini di Instagram Story sebagai pengajaran. Jangan main-main tulis," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, seorang pengguna Instagram @kakwanlebor dan @bonda_putehkundor mengeluarkan komen yang kurang menyenangkan terhadap gambar promosi album Sitism di Instagram.
Siti kemudian memuat naik hantaran di Instagram Story dengan menulis, "Cantiknya bahasa kakak2 ini @kakwanlebor @bonda_putehkundor. Kita bagi @skmm_mcmc check kejap!"
Sumber: Harian Metro. |