CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

[Kelantan] Jantung Angah pernah berhenti berdegup lima minit

[Copy link]
Post time 27-6-2023 01:27 PM | Show all posts |Read mode

AZIZON mengelap badan anaknya, Azreen yang terlantar dalam keadaan separuh koma sejak lebih dua bulan lalu. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Pada awalnya, Azreen Afiza Azahari, 23, dikesan mengalami kemurungan selain tidak dapat tidur dan hilang selera makan oleh keluarga.

Gadis itu yang juga penuntut tahun akhir universiti awam dikatakan mengalami tekanan dan keadaan itu menyebabkan ibunya Azizon Ab Hamid, 46, membawanya berjumpa pakar psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan diberikan ubat penenang.

Namun keadaannya semakin teruk dan kini Azreen Afiza hanya terlantar dan dalam keadaan separuh koma sejak dua bulan lalu dan memerlukan penjagaan rapi apabila disahkan mengalami radang otak.

"Selepas diberi ubat penenang, Azreen Afiza yang kami panggil Angah tidak banyak berubah malah dia terpaksa dimasukkan ke wad awal April lalu bagi membolehkan doktor memantau tahap emosinya.

"Namun keadaannya makin teruk dan ubat yang diberikan tidak mampu untuk membantu mengawal tekanan yang dihadapi. Disebabkan tekanan yang terlampau ia menyebabkan Angah diserang sawan dan terpaksa dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi HRPZ II," katanya ketika ditemui di rumahnya di Desa An Nur, Panji.

Azizon berkata, melalui ujian Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang dilakukan di kedua-dua belah otak, terdapat jangkitan kuman menyerang bahagian otak dan menyebabkannya Angah separuh koma hingga sekarang.

"Selama dua bulan ditempatkan di ICU, saya tidak akan dapat melupakan kejadian yang luar jangka apabila doktor memaklumkan jantung Angah pernah berhenti berdegup sekali selama lima minit.

"Ketika itu, saya dan suami, (Azahari Mahmood, 51) reda sekiranya Allah SWT menjemput anak kami lebih awal, namun Alhamdulillah dengan kuasa-Nya, keajaiban berlaku apabila denyutan nadi Angah kembali," katanya dalam nada sebak.

Katanya, hampir tiga bulan anaknya itu dirawat di hospital sebelum dibawa pulang ke rumah pada 14 Jun lalu.

"Susulan daripada itu, leher Angah terpaksa ditebuk untuk saluran pernafasan selain hanya bergantung kepada susu yang diberikan melalui saluran tiub yang dipasang di bahagian hidung dan pada masa sama perlu diberi ubat sawan dan saraf," katanya.

Azizon turut meluahkan kebimbangan berhubung dana untuk keperluan anaknya kerana suaminya hanya bekerja di kedai besi dengan dengan pendapatan sekitar RM60 sehari dan pada masa sama perlu menanggung dua lagi anak yang bersekolah berusia 6 dan 16 tahun.

"Kami perlu membelanjakan RM2,500 sebulan untuk keperluan Angah termasuk lampin pakai buang, peralatan perubatan selain susu yang berharga RM60 setin yang mampu bertahan untuk sehari sahaja.

"Bukan itu sahaja, kami juga perlu membayar RM50 sebulan bagi mesin sedut kahak yang disewa dengan sebuah farmasi dan tambang ambulans RM200 untuk pergi dan balik bagi menghadiri temujanji berjumpa dengan pakar di HRPZ II," katanya.

Ibu kepada lima anak ini berkata, dia yang juga mengalami masalah migrain kronik perlu bergilir-gilir dengan dengan adiknya, Azlinda Farisha, 24, untuk menjaga Azreen Afiza.

"Namun kami tidak pernah mengeluh kerana ini adalah ujian Allah SWT dan tidak putus berdoa supaya Angah sihat seperti sediakala walaupun ia mustahil," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun CIMB Bank bernombor 7050691077 atas nama Azizon Ab Hamid atau boleh menghubunginya di talian 017-9353463.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... berdegup-lima-minit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.280481 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list