View: 282|Reply: 0
|
Ducati semakin jauh tinggalkan Honda, Yamaha
[Copy link]
|
|
BAGNAIA beraksi di Grand Prix (GP) Belanda semalam. FOTO AFP
Assen: Selepas lapan pusingan musim MotoGP 2023, pelumba jentera Ducati sudah memenangi tujuh perlumbaan, sekali gus menyaksikan dominasi motosikal buatan Itali itu yang selama ini dibayangi jentera keluaran Jepun.
Sejak 1975, Yamaha, Suzuki dan Honda mempunyai pelumba yang memenangi kejuaraan kelas utama kecuali dua musim iaitu apabila Casey Stoner muncul juara dunia 2007 dan tahun lalu Francesco Bagnaia mengikut jejak langkah Stoner.
Terbaru Bagnaia muncul juara Grand Prix (GP) Belanda, semalam.
Kejayaan Stoner bersama jentera Ducati agak singkat tetapi status juara dunia yang diraih Bagnaia bakal meneruskan dominasi mereka.
Mike Trimby, yang mengetuai Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA), kagum dengan bilangan jentara Ducati yang menguasai barisan petak depan.
"Ducati sangat cemerlang menghasilkan jentera. Mereka kini menyaksikan pasukan satelit menewaskan mereka sendiri. Pasukan pelanggan mengalahkan pasukan pengeluar.
"Harap pasukan VR46 menggunakan jentera Yamaha tahun depan supaya dapat meningkatkan prestasi mereka. Tetapi anda tidak boleh menyalahkan Ducati jika mereka mempunyai motosikal terbaik untuk mendapatkan pelanggan terbaik," kata Trimby kepada Reuters.
Garaj pasukan Honda dan Yamaha agak suram ketika mereka bergelut untuk menyaingi rentak Ducati manakala pelumba mereka bernasib malang apabila terbabit dengan beberapa insiden kemalangan.
Pakej aerodinamik Ducati menjadi kunci kepada kebangkitan semula mereka, dengan Aprilia dan KTM mengikutinya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... galkan-honda-yamaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|