CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1099|Reply: 11

'Kita Semua Manusia...' - Yusof Haslam, Isteri Harap Puteri Sarah Jumpa Lelaki Yang Boleh Bahagiakannya

[Copy link]
Post time 26-6-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode
“Saya tidak mempunyai masalah jika dia (Puteri Sarah) bertemu dengan lelaki lain. Jika ditakdirkan dia kembali semua (dengan Syamsul), alhamdulillah."


Pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam tidak melarang bahkan mengalu-alukan sekiranya bekas menantu, Puteri Sarah Liyana bertemu dan bercinta dengan lelaki lain selepas bercerai dengan anaknya, Syamsul Yusof.


“Jika dia tidak kembali, dan bertemu dengan lelaki lain, saya berharap agar dia bertemu dengan seseorang yang boleh memberikannya kebahagiaan.








“Kita semua manusia dan manusia berhak untuk mengecap rasa bahagia. Lagipun, hubungan kami masih baik. Anak-anak dia adalah cucu saya,” katanya kepada Gempak.


Yusof Haslam berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran mural Polis Evo 3 di Jalan Kemuning, Kuala Lumpur semalam.


Tambah Yusof, isterinya, Datin Patimah Ismail juga memahami seandainya Puteri Sarah memiliki seseorang yang baharu dalam hidupnya.


“Datin alhamdulillah tiada masalah. Datin sendiri cakap dengan saya, yang kalaulah dia (Sarah) berkahwin lain, biarlah dia cari kebahagian. Sebab isteri kata, dia sebagai seorang perempuan faham dengan situasi yang berlaku,” katanya lagi.


Bercerita mengenai rahsia keunggulan rumah tangganya dengan Patimah yang kini mencecah angka 40 tahun, Yusof berkata, apa yang penting adalah sifat memujuk yang perlu ada dalam diri seorang suami.


“Kalaulah isteri merajuk, kita kena tahu pujuk. Perkahwinan banyak cabaran, justeru, kita sebagai iman dalam keluarga, kita kena pujuk isteri kita. Tak rugi kalau kita berdamai dengan isteri.


“Syafiq pun begitu. Kalau isteri dia merajuk dia akan pujuk. Saya sendiri suka memujuk selepas melihat ayah saya memujuk emak saya ketika emak merajuk. Alhamdulillah, antara sebab kita kekal selama 40 tahun,” katanya lagi.


Terdahulu, Syamsul, 39, melafazkan cerai talak satu pukul 12.25 tengah hari di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Sebelum Syamsul melafazkan cerai, Peguam Syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul mencadangkan agar pasangan itu bersalaman bagi memohon maaf.


Kemudian, Hakim Syarie Akmallluddin mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Puteri Sarah, 38, menjalani edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perceraian mereka.


Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 12:36 PM | Show all posts
semoga bertemu jodoh la buat puteri sarah...
biar la orang lain pulak yang rendam2 gigi palsu dalam tempayan yang di buat menggunakan tulang firaun tu....

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 12:51 PM | Show all posts
tu gambar yg IK curik buh dalam ig tu kan..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
memang la takde masalah, yang buat hal bukan PS.
cuba tanya parents PS apa pendapat they ols???
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kazarian tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sol tak penah memujuk ke?
Tp vetul la tok sop dulu rendahkan ego dan pujuk tin timah yg majuk tu

Bukannya g kawen plak ngn org ketiga tu.
Itu bkn pujuk tapi probok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2023 02:04 PM | Show all posts
ada interview lepas sah cerai wartawan tanya PS kalau jumpa yang lain
Sol kat eh jangan lah cari lain
lepas tu PS kat eh...

adakah Sol masih harap kembali pada PS
apa cerita jin Sungai Klang
patut ar mampu amek gambo Google je letak kat IG
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 02:04 PM | Show all posts
Suchi replied at 26-6-2023 01:41 PM
Sol tak penah memujuk ke?
Tp vetul la tok sop dulu rendahkan ego dan pujuk tin timah yg majuk tu

Mana pernah kan sis?
Masa PS mula2 spill the tea pasal kes rumahtangga diorg ni patutnya masa tu Sol pujuk tapi dia buat derk aje, ikut ego & keras kepala dia
Sampai tak balik
Tok Sop tu sambil bagi petua sambil perli si Sol tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 02:23 PM | Show all posts
harap2 pasni datin x payah meroyan update yg bukan2 kat IG
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
semua layak cari kebahagiaan masing2..cuma jgn la mencaras hak org lain.. cari yg single yg lagi bertanggungjwb yg xde kat bekas somi ber gigi pelesu itewwww
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
toksop nmpk bhrap ps blik ke sol...birah tk jeles ke terrrr..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kenapa wartawan ni tanya soalan yg sgt rude dan x manis. org tu edah pun belum habis ye. biarla edah habis baru la boleh tanya mcm2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.055883 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list