View: 264|Reply: 0
|
Maki Pak Guard Sebab Tak Boleh Guna Kad Akses
[Copy link]
|
|
Seorang pengawal keselamatan di kawasan kediaman di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur dimaki seorang lelaki selepas kad akses masuk miliknya gagal digunakan.
Kejadian 9.30 pagi kelmarin itu tular di media sosial selepas dimuat naik melalui satu pautan dan menerima 24 tanda suka, satu komen serta lapan ulang ciap (retweet).
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesan video berdurasi satu minit 14 saat itu, 8.59 pagi semalam.
Katanya, laporan berhubung kejadian itu diterima daripada lelaki tempatan berusia 46 tahun.
"Menurut pengadu, suspek yang memandu sebuah BMW adalah penghuni di kawasan kediaman terbabit.
"Suspek dikatakan membuat kekecohan beberapa kali dan enggan memberikan kerjasama terhadap pengawal keselamatan dengan memarahi serta memakinya menggunakan perkataan kesat.
"engadu sebagai saksi kejadian merekod perselisihan faham yang berlaku itu menggunakan telefon bimbit miliknya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Amihizam berkata, hasil siasatan, polis mendapati kad akses masuk suspek tidak dapat digunakan yang mencetuskan pertengkaran dengan perbuatan lelaki itu dirakam pengawal bertugas.
"Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video tular itu memandangkan pengadu dan suspek sudah menyelesaikan permasalahan berkenaan secara baik.
"engadu juga sudah menarik laporan dan tidak mahu pihak polis meneruskan siasatan," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perlakuan jenayah di daerah itu supaya menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|