View: 2117|Reply: 31
|
Tingkatan 6 Tidak Harus Terikat Dengan Peraturan Sekolah - PM
[Copy link]
|
|
Nilai: Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat sangat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata suasana Tingkatan Enam harus diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima.
Anwar berucap pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini. FOTO BERNAMA
"Saya akan bawa ke Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya Tingkatan Enam itu tidak dilayan seperti sekolah, budaya, suasananya itu. Saya setuju sebab saya pun ikuti Tingkatan Enam.
"Tingkatan Enam, kita perlu tentukan kaedah supaya cara guru melayani (pelajar) dan suasana yang perlu diberi banyak ruang untuk mereka lebih bebas, berinteraksi dan tidak seperti peraturan sekolah," katanya pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Anwar berkata ramai pelajar Tingkatan Enam mengeluh mengenai peraturan dan budaya serta mengusulkan ia diubah pada sesi dialog sebelum ini.
Mengulas mengenai cadangan untuk menukar kurikulum Tingkatan Enam daripada kaedah semester, Anwar berkata perkara tersebut harus dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan termasuk guru dan pelajar.
Sementara itu, Perdana Menteri meminta pimpinan universiti agar merombak kurikulum berkaitan cabang ilmu baharu seperti Teknologi Digital, kecerdasan buatan (AI) dan Internet benda (IoT) dengan cepat mengikut perubahan semasa jika Malaysia ingin menjadi negara kelas pertama.
"Ia tidak boleh tunggu Convention Board of Studies, tunggu dua tahun kajian dan bawa ke Senat. Tidak boleh. Perubahan harus cepat dan pantas," katanya.
Berkongsi mengenai pengalaman mengajar di Universiti Oxford dan Universiti Georgetown, Washington, beliau berkata kepantasan mereka dalam transformasi pendidikan begitu cepat.
Selain itu, beliau berkata latihan daripada pihak industri juga diperlukan supaya tidak berlaku ketakserasian dan tidak terlalu bergantung pada kurikulum lama sekali gus membantu mengurangkan kadar pengangguran.
"Sebab itu, TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) sekarang Petronas ambil sebahagian TVET di Batu Rakit, Kimanis dan Pengerang; Proton ambil alih TVET di Pekan dan beberapa syarikat besar lain ambil alih," katanya.
Beliau juga memberitahu graduan negara ini mempunyai kemahiran yang luar biasa, justeru kerajaan akan memastikan kapasiti turut meningkat agar selari dengan keperluan industri.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
caya atau idok...pelajar tingkatan 6 pun kena baratur ikut perhimpunan sekolah..nyanyi lagu negeri dan negaraku cam budok tahun 6.......jugok. |
|
|
|
|
|
|
|
i dulu pun tingkatan 6 juga.. takde pula nak mengeluh sebab dilayan macam budak sekolah.. sebabnya memang belajar dekat sekolah lagipun lama mana sangat la 2 tahun tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lek lek suda da nape sume acah woke ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rengsa iya umur sudah major tapi kena beratur di perhimpunan pagi duk dengar cikgu melalak pasal lambat datang skolah, kelas tak bersih, rambut panjang kain senteng. Rimas |
|
|
|
|
|
|
|
Benda yang tak pernah jadi isu pon
Hampeh nak mampus
Dah jadi 3H dah nih
Hauk haprak hampeh |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 24-6-2023 10:23 PM
caya atau idok...pelajar tingkatan 6 pun kena baratur ikut perhimpunan sekolah..nyanyi lagu negeri d ...
Ntah kita njoy life je la...iols matriks jap kt sekolah...sampaikan dak f4 ka f5 nak ngorat..kita senyum senget ja...hahaha...msk kampus jd adik bongsu..still kena pakai uniform...kita ngendap seniors dating plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Budak F6 x pakai uniform. Itu dh cukup hebat. |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi mana berada dalam kawasan sekolah, kena la ikut peraturan sekolah. X mau ikut peraturan sekolah, buat kampus khas utk tingkatan 6 & rebranding balik tingkatan 6 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau buat matrik kat uni sekalipun terikat dgn peraturan uni.. takkan kat skolah diberi kebebasan? Nnt kang nak masuk uni, minta macam2? |
|
|
|
|
|
|
|
Asal boleh dapat undi.
Ringgit kekal jatuh this week. Open low. Open lower low. Momentum still bearish under pressure. Forecast will touch area rm 4.90 - rm 5 ( menu rahmah)
Import goods and services will constantly increase price.
Hauk betul ringgit makin xde value.
|
|
|
|
|
|
|
|
Benda tak penting camni dia sibukkan.... Saja nak divert attention rakyat kat isu kenaikan kos barang asas, peniaga ramai gulung tikar, sana sini masyarakat mengeluh hidup susah, ringgit menjunam, saham menjunam, inflasi meningkat
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha lps ni apa isu lg pmx? Isu rakyat curi sabun dkt kdi dobi Dan merugikan pengusaha dobi ker?
Hal form 6 ko kontek direct fadzilah tu sdh. X perlu nak highlight sgt dkt pemberita sgt pun. Buat hilang prestij as pmx bila highlight bnd2 remeh mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju ini tak ada isu..
Kerajaan kena berhati-hati jika nak buat pun kerana perubahan dasar yang terlalu mendadak boleh menyebabkan masalah yang mungkin tidak kelihatan dan tidak terfikir oleh mereka yang bukan berada disekolah. Mereka yang hanya memandang dari atas lepas tu bagi idea-idea yang kononnya menolong tetapi sebenarnya ada kemungkinan besar akan memberikan masalah nanti.
Ini sebenarnya tiada isu setakat ini kerana sebelum ini tingkatan 6 memang dilayan sebagai budak sekolah dan .. selepas itu memang perlahan-lahan dilonggarkan dan diubah sedikit peraturan tingkatan 6 supaya apa yang dipupuk dari sekolah menengan dah rendah spt disiplin dan suasana sekolah tidak hilang semasa pelajar berada tingkatan 6 kerana masih berada di persekitaran seolah.
Perubahan dasar itu sangat perlahan supaya pihak atasan boleh monitor apa yang berlaku termasuk kesan terhadap disiplin sikap usaha dan boleh menjadi contoh atau tidak timbul perkara-perkara yang boleh menimbulkan 'kekacauan' kepada komuniti sekolah menengah yang lain.
Jadi, sebenarnya gesaan untuk tidak dilayan spt budak sekolah atau tidak terikat sangat pun sudah dibuat secara selamat oleh kerajaan.
Jika nak dibebaskan sama status spt pelajar u semata-mata kerana alasan dah tamat sekolah, maka ini hanya akan menambah beban kepada pentadbir sekolah kerana jika ada sebarang masalah maka satu hal pulak untuk selesaikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
baik la tangani hal silibus mengarut tu dulu. dah kenapa pulak form 6 pulak disibukkan. isu kecik sgt ni. lepas ni maybe isu stokin skolah perlu atas buku lali pula. atau isu arah sikat rambut ke kiri atau ke kanan atau isu bekal ke sekolah. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Dovahkiin replied at 25-6-2023 05:10 AM
Selagi mana berada dalam kawasan sekolah, kena la ikut peraturan sekolah. X mau ikut peraturan sekol ...
Setuju.
Zaman matriks, buat kat sekolah sains dulu, semua budak matriks relax je. Kena roll call la, budak pengawas check dorm la, beratur dewan makan, makan dlm tray. |
|
|
|
|
|
|
|
Then why not tukar all kolej matrikulasi jadi kolej tingkatan 6... Sayanglah sbb stpm diiktiraf dunia kan...barulah kita boleh mendunia dlm bidang sains tulen kalau belajar sains tulen tiga tahun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu pun terikat dengan peraturan sekolah..apatah lagi tingkatan 6.. |
|
|
|
|
|
|
|
PH tak habis-habis merosakkan generasi muda...
Dengan kemesraan terhadap LGBT & seks bebasnya
Dengan menggalakkan budaya konsert dan pesta-pestaan.....
Dengan nak menghalalkan ganja & recreational drugs
Dengan budaya arak dan Octoberfestnya
Dengan nak suburkan E-Sport yg melahirkan generasi lemah fizikal & 24/7 menghadap gajet
Dengan menggalakkan anak2 muda bergaul bebas dan liberal
Ni sibuk nak longgarkan disiplin anak2 muda belia pulak......
Terikut-ikut sangat gaya hidup Barat.... Kebebasan hidup konon....
Akhirnya apa akan jadi kat negara kita apabila anak2 mudanya takde disiplin, tak rajin, tak lasak, lembik, crybaby, taksub artis dan gila hiburan, tak berpegang kepada agama
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa ak f2 dlu, ak tgk senior2 f6 kena denda berdiri atas kerusi. Hahaha.. Mesti dorg malu dgn adik2 junior yg melihatnya.. [em:3:][em:3:] |
|
|
|
|
|
|
| |
|