CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 2

Peminat Berdarah Dan Ada Yang Patah Tulang, Konsert Louis Tomlinson Dilanda Hujan Batu Sebesar Bola Golf

  [Copy link]
Post time 23-6-2023 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Konsert penyanyi terkenal, Louis Tomlinson terpaksa dibatalkan ekoran dilanda hujan batu sebesar bola golf.


Dalam kejadian itu, peminat melarikan diri bagi mencari perlindungan dengan sebahagian mereka cedera dalam insiden dekat bandar Denver, lapor portal berita Wion News semalam.




Hujan batu sebesar bola golf menyebabkan konsert Louis Tomlinson ditangguhkan di Morrison, Denver pada malam Rabu lalu. - Twitter/Facebook





Hampir 100 orang cedera dengan sebahagian daripada mereka mengalami patah tulang, luka dan lebam. Konsert itu diadakan malam kelmarin di Red Rocks Amphitheater, Morrison, pinggir Denver.


Orang ramai kedengaran menjerit dan berlari bagi mencari perlindungan ketika hujan ais tersebut berlaku.


“Malam ini (kelmarin) adalah malam paling menakutkan dalam hidup saya. Saya dan saudara perempuan saya  bernasib baik dapat menemui tempat berteduh di bawah papan tanda.


“Saya berdarah dan mempunyai benjolan besar di kepala akibat terkena hujan batu. Semoga semuanya selamat keluar (dari konsert itu),” kata seorang netizen.


Pasukan penyelamat West Metro Fire Rescue  dipetik dalam laporan media sebagai berkata, kira-kira 90 orang dirawat di tempat kejadian kerana kecederaan yang tidak mengancam nyawa, manakala seorang penonton konsert berkongsi imej lengannya yang lebam teruk.


“Ia (hujan batu) seperti dalam filem seram,” tulis pengguna Twitter yang lain dan menyiarkan video menunjukkan hujan batu yang melanda.


Sesetengah peminat dapat mencari tempat berteduh dengan segera dan sebahagian mereka memilih untuk bersembunyi di bawah meja untuk melindungi diri daripada hujan batu.


Hujan batu itu berlaku sebelum Tomlinson naik ke pentas.


“Kecewa dengan persembahan malam ini, harap semua orang okay, saya akan kembali!” tulis penyanyi itu yang merupakan bekas bintang kumpulan One Direction di Twitter.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bapak ahhh besar giler nasib baik tak berlubang kepala
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorg punya hailstorm jgn bwk main.
Keta pon boleh jahanam,ni kan jatuh beketul² atas org.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.058211 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list