CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

[Perlis] Empat warga Thailand diekstradisi akan didakwa hari ini

[Copy link]
Post time 23-6-2023 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Empat warga Thailand diekstradisi akan didakwa hari ini


Oleh Aizat Sharif - Jun 23, 2023 @ 8:52am   bhnews@bh.com.my




Keempat-empat ertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Kangar sekitar jam 8.10 pag, - Foto NSTP/Aizat Sharif




KANGAR: Empat lelaki warga Thailand yang diekstradisi ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan pemerdagangan manusia di Wang Kelian pada 2015 tiba di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini.

Tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Kangar sekitar jam 8.10 pagi dengan dikawal ketat oleh anggota polis dari Unit Tindak Khas (UTK) Polis DiRaja Malaysia serta anggota polis lain.

Sumber mahkamah memberitahu, tertuduh berusia antara 30 hingga 58 tahun.

Keempat-empat tertuduh dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 (Akta A1644)

Ini adalah kali pertama dalam tahun ini kes berkenaan akan diperdengarkan semula selepas Thailand mengekstradisi keempat-empat warganya ke negara ini bagi menghadapi pertuduhan berkenaan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand sudah menjalankan siasatan untuk mengesan dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab susulan penemuan kem dan kubur dipercayai aktiviti pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis pada 2015.

Hasil siasatan yang dijalankan, kerajaan Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi kepada kerajaan Thailand ke atas sepuluh individu warganegara Thailand pada 6 Januari 2017 yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.

Sepanjang tempoh lebih enam tahun kebelakangan ini juga, kedua-dua negara berusaha mengesan kesemua individu terbabit bagi melaksanakan proses ekstradisi.

Hasil kerjasama kedua-dua negara itu, empat daripada sepuluh individu berjaya dikesan dan dihadapkan ke Mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi.

Selain itu, ekstradisi ini dilaksanakan di pelbagai peringkat mahkamah di Thailand dan pada 30 Mac lalu, Mahkamah Rayuan Thailand akhirnya mengeluarkan perintah penahanan ke atas keempat-empat individu berkenaan untuk diserahkan kepada Malaysia bagi menjalani perbicaraan berhubung kes berkenaan di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.051964 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list