View: 570|Reply: 2
|
Spesis Rare, Nelayan Tertangkap 'Jerung Hantu' Bunting Enam Anak
[Copy link]
|
|
TAIPEI, Taiwan – New York Post melaporkan, sekumpulan nelayan komersial secara tidak sengaja menangkap seekor ‘jerung hantu’ bunting yang sangat jarang ditemui seberat 907 kilogram di luar pantai Taiwan.
“Ia tergolong dalam keluarga jerung prasejarah dan merupakan ‘fosil hidup’ yang sangat jarang ditemui,” kata wakil Muzium Seni Laut Taiwan yang membeli tangkapan raksasa tersebut kepada portal berita Jam Press.
“Spesies ini mempunyai kulit lut cahaya, badan merah jambu, dan ‘gigi taring jahat’,” tambahnya.
Foto: New York Post
Spesimen itu didakwa ditangkap oleh bot pukat tunda Australia di luar kawasan Perbandaran Su’ao, Taipei.
Juga dikenali sebagai jerung syaitan, ikan menyeramkan itu dinamakan demikian kerana barisan giginya yang tajam dan mempunyai kulit kelabu-merah jambu.
Walaupun wajahnya mengerikan, ikan jerung itu bukanlah ancaman kepada manusia.
Sebaliknya, ia lebih suka memburu sotong dan mangsa lain di habitatnya di dasar Lautan Hindi, Lautan Atlantik dan Pasifik, lapor National Geographic.
Panjang ikan tersebut sekitar 4.9 meter dan beratnya mencecah 799.68 kilogram sekali gus ikan jerung hantu terbesar pernah ditangkap di Taiwan.
Malangnya, ia bukan satu-satunya jerung hantu yang tersangkut secara tidak sengaja oleh pukat tunda kerana spesimen ini bunting dengan enam anak, masing-masing seberat 3.62kg dan panjang 1.21meter. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 21-6-2023 08:26 PM
Kalau dah tersilap tangkap lepaskan la balek dah la spesis rare entah2 dah masok senarai terancam dgn bunting pulek tuh. Ke memang puak2 ni leluhur ummah selera eksotik terpaling PRC jugek ni segala menda nak kedarah sampai pupus haiwan liar kat donia ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
kan lepaskan la balik sial nye puak2 ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|