View: 1827|Reply: 11
|
Syamsul Yusof Nak Tarik Balik Saman Terhadap Jawi, Maiwp
[Copy link]
|
|
Syamsul Yusof, 39, berhasrat menarik balik saman yang difailkan terhadap pegawai penyiasat dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) yang didakwa menyebarkan fakta aib mengenai hubungannya dengan Ira Kazar kepada ibunya, Datin Patimah Ismail.
Perkara itu disahkan Datuk Adnan Seman yang mewakili Maiwp ketika dihubungi media selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Aisyaf Falina Abdullah, hari ini.
Foto G
"Mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk pengurusan kes," katanya.
Dalam pernyataan tuntutannya, Syamsul menfailkan saman terhadap pihak berkuasa agama itu kerana menyebarkan fakta aib dan memalukan kepada ibunya berhubung kenyataan isteri keduanya ketika itu, Faghira Fatini atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar yang dipanggil memberi keterangan kepada Jawi, Ogos tahun lalu.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof selaku plaintif, mengambil tindakan undang-undang itu melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd Haris Abdllah; Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail dan Maiwp sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Plaintif pernah dinobatkan sebagai Pengarah Asia Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik di Kemboja menuntut gantirugi teladan (tidak dinyatakan jumlah) ke atas defendan kerana didakwa dengan sengaja dan berniat jahat untuk membuka aibnya.
Dia juga memohon deklarasi gambar pernyataan yang mengandungi nama Syamsul dan Ira, 28, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis adalah satu keterangan yang diambil oleh defendan atau ejennya, tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan undang-undang yang berkait.
Syamsul juga memohon deklarasi gambar pernyataan itu yang dirakam oleh defendan atau ejen adalah dokumen dalam kawalan mereka.
Ia termasuk deklarasi penyebaran gambar pernyataan itu dibuat oleh defendan atau ejen.
Dalam pernyataan tuntutannya, Syamsul berkata, pada 20 Disember 2022, ibunya menghantar mesej menerusi aplikasi Whatsapp iaitu gambar pernyataan mengaibkan mengandungi nama Ira, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis.
Mengikut dokumen yang diperoleh, gambar pernyataan itu mengandungi fakta mengaibkan dan memalukannya disebar kepada ibunya.
"Saya kemudiannya menghubungi Faghira Fatini yang saya panggil sebagai Ira Kazar berkenaan dengan gambar pernyataan itu yang diterima dan dimaklumkan oleh Ira Kazarbahawa beliau dipanggil oleh defendan ketiga (Maiwp) untuk merakam keterangan atas satu siasatan . Ia berdasarkan satu laporan yang dipercayai dibuat oleh isteri saya (ketika itu), Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan pernyataan itu dirakam oleh defendan pertama (Mohd Haris) yang Ira Kazar percaya adalah pegawai penyiasat dalam siasatan itu.
"Saya dinasihatkan oleh peguam bahawa, keterangan yang dirakam itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 59 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah) Persekutuan 1997 dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang mana pernyataan yang dirakam adalah dikategorikan sebagai dokumen persendirian dan pernyataan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Ira kemudiannya membuat laporan polis pada 23 Disember tahun sama," kata Syamsul.
Akibat penyebaran fakta aib itu, Syamsul berkata, beliau dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata yang mengguris perasaan selain mengalami tekanan perasaan dan akan memberi keterangan lanjut ketika perbicaraan kelak.
Katanya, tindakan defendan atau ejen mengaibkan dan memburukkan imej, nama serta reputasinya selaku pelakon dan pengarah filem.
"Tambahan lagi ia menambahkan tekanan perasaan atau 'stress' plaintif apabila diberitahu oleh Ira Kazar bahawa gambar pernyataan bertulis itu direka dan ditokok tambah oleh defendan pertama dan ejen kerana ia bukanlah keterangan yang diberikan oleh Ira," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih nak tarik saman... kang kena saman balik harus terpaksa kerja overtime jadi kkm dan tukang perasap pakai lambo hangit ko tu...
entah2 ko sengaja nak bagi lambo tu berasap supaya ko boleh rentung dalam tu dan kulit jadi sama warna dengan mertua dan bini... yihhh...
tapi elok lah berdamai... kes dah selesai dah pun kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa gebang jugak rupanya dia ni. Ingatkan bertelur sangat nak saman2 jawi bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Jawi 1-0 sol diskaun no telo |
|
|
|
|
|
|
|
Apa la gaknya yg ira tulis yaaa
Sampai tin timoh ngamuk teruk |
|
|
|
|
|
|
|
sondol satu hal, tapi tengah under the influence dadih/arak ke apa sampai whatsapp bende aib kat mak sol sol?
|
|
|
|
|
|
|
|
Geli tekakk baca caption minah ni |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Usaha cantikkan nama balik sebelum filem dia nak keluar lah tu.
Allah tu maha berkuasa.
Even mat kilau fenomena, Tuhan buat filem adiknya lg laku jugak.... Tuhan nak ingatkam yg ko takkan selamanya di atas sol.. bermuhasabahla |
|
|
|
|
|
|
|
La....nape tarik balik....x best la camni |
|
|
|
|
|
|
|
suka hati ko la sol cpt sikit buntingkan si fagirah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti takut kena boikot filem baru la tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|