CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

F1: Red Bull sedia lebur rekod 71 tahun

[Copy link]
Post time 21-6-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode

RED BULL berjaya menguasai kesemua lapan perlumbaan setakat ini dan bersedia merangkul kesemua kemenangan sepanjang musim. - AFP

MONTREAL, Kanada – Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner mengakui bahawa pasukannya yang memimpin perlumbaan Formula Satu (F1) kini berpeluang untuk memenangi setiap perlumbaan Grand Prix (GP) musim ini.

Meskipun mahumengambil pendekatan satu perlumbaan pada satu masa, namun pasukan yang berpangkalan di Milton Keynes, England tersebut telah memenangi lapan perlumbaan GP berturut-turut musim ini.

Pemandu terbaiknya, Max Verstappen telah melakar enam perlumbaan musim ini dan rakan sepasukannya, Sergio Perez menjulang dua kemenangan di Australia dan Azerbaijan.

“Bolehkah kami melakukannya? Ya. Adakah kami akan melakukannya? Siapa tahu kami mampu melakukannya sekali lagi. Terdapat begitu banyak cabaran dalam sukan ini.

“Apapun, saya memuji persembahan Verstappen kerana sepanjang bersamanya kami dapat lihat kemunculan satu lagi bakat terbaik dunia. Dia (Verstappen) berada dalam satu tahap yang berbeza selepas menandingi rekod Ayrton Senna,” kata Horner.

Kelmarin, Verstappen menyamai rekod Ayrton Senna selepas merakam kemenangan ke-41 dalam perlumbaan di GP Kanada.

Pemandu berusia 25 tahun itu mendahului perlumbaan dari awal dan melintasi garisan penamat 9.570 saat lebih pantas berbanding pemandu Aston Martin, Fernando Alonso, diikuti pemandu Mercedes, Lewis Hamilton, untuk kemenangan ke-100 pasukannya.

Ketika ini, tiada pasukan yang memenangi setiap perlumbaan dalam satu musim sejak 1952, McLaren hampir berjaya melakukannya pada tahun 1988 apabila Alain Prost dan Senna memenangi semua perlumbaan kecuali satu daripada 16 pusingan.

Pasukan Mercedes juga hampir memenangi semua perlumbaan apabila melakar
19 kemenangan GP daripada 21 pusingan perlumbaan pada 2016. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... bur-rekod-71-tahun/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.051014 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list