CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

[Pulau Pinang] Isteri Hawari sedia terima tawaran kerja

[Copy link]
Post time 21-6-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Isteri Hawari sedia terima tawaran kerja


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



Saffiyah (tengah) bersama anaknya Hana Sakeena (kiri) dan Haris Sufian yang juga OKU pekak dan bisu ketika ditemui di Kampung Permatang Kerai Besa. FOTO DANIAL SAAD




Tasek Gelugor: Kehilangan peserta Malaysia Everest (ME) 2023, Muhammad Hawari Hashim, 33, sejak 19 Mei lalu merentap perasaan isterinya, Saffiyah Tang Xie Lie yang buntu memikirkan masa depan, apatah lagi dia tidak bekerja.

Saffiyah, 34, yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran seperti suaminya, sudah lama tidak bekerja selepas melahirkan anak sulungnya yang kini berusia empat tahun.

Melalui temu bual menerusi catatan di buku nota, Saffiyah bersedia menerima apa jua tawaran kerja sekiranya diberikan peluang oleh mana-mana majikan.

"Saya akan terima (tawaran kerja) demi anak-anak dan mentua (ibu Hawari) untuk kelangsungan hidup kami sekeluarga.

"Dulu, saya ada memohon kerja dengan agensi kerajaan tetapi saya tahu ia amat sukar. Saya mempunyai kemahiran dalam komputer dan tahu kerja-kerja berkaitan pentadbiran serta perkeranian tetapi untuk menjawab telefon, saya tidak boleh kerana kekurangan yang ada pada diri saya," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Permatang Kerai Besar, di sini, semalam.

Jelasnya, suaminya membeli rumah pertama mereka tidak jauh dari kediaman mentua, namun dia tidak tahu status bayaran kediaman berkenaan susulan kehilangan Muhammad Hawari.

"Rumah itu belum lagi kami duduk, namun bayarannya sudah dibuat melalui potongan gaji suami, tetapi sekarang saya tidak tahu statusnya.

"Selain itu, suami juga buat pinjaman peribadi mengubah suai rumah yang bila saya fikir mengenai ini buat saya buntu kerana sekarang tidak bekerja.

"Anak sulung saya pula tahun depan akan ke sekolah yang sudah tentu memerlukan perbelanjaan dari segi bayaran yuran dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, ibu mentuanya, Che Tom Hassan, 64, berkata, dia berharap ada pihak sudi menawarkan pekerjaan untuk menantunya.

"Apabila dia (Saffiyah) bekerja dia akan sibukkan diri dia dan masa sama segala masalah yang difikirkan selama ini perlahan-lahan akan hilang," katanya.



Disiarkan pada: Jun 21, 2023 @ 10:50am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 1.296309 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list