View: 1634|Reply: 33
|
Buang Angin Tayar Kereta Sebab Tak Nak Pergi Sekolah, Budak 12 Tahun Diterajang Bapa Tiri Di Dada Sampai Sesak Nafas
[Copy link]
|
|
TANAH MERAH – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki yang membuang angin tayar dua buah kereta ibu bapanya membawa padah apabila dia diterajang oleh bapa tirinya sampai sesak nafas.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Padang Siam di sini pada Ahad lalu.
Mangsa yang berusia 12 tahun ditendang pada bahagian dada kira-kira pukul 7 pagi semasa datang meminta maaf selepas mengaku membuang angin tayar dua buah kereta di kawasan rumah mereka.
Foto: Kosmo
Ibu mangsa, Nik Norlelawati Nik Ghazali, 45, berkata, anak lelakinya itu mengaku kepada suaminya yang berusia 38 tahun bahawa dia membuang angin kedua-dua buah kereta kira-kira pukul 9 malam pada Sabtu lalu.
Menurutnya, anaknya itu bertindak sedemikian kerana tidak mahu ke sekolah kerana tidak boleh membawa gunting seperti yang diminta oleh guru.
“Dia beranggapan, sekiranya tayar kereta saya dan suami bocor, dia tidak perlu pergi ke sekolah pada hari itu. Dia kemudiannya rasa bersalah dan meminta maaf pada suami atas kesalahan tersebut pada waktu pagi sebelum ke sekolah.
“Suami saya berang dengan tindakan itu terus menendang bahagian dadanya sehingga dia terbaring dan menangis. Ketika itu, dia sudah mengadu mengalami sesak nafas,” katanya.
Foto: Kosmo
Nik Norlelawati memberitahu, bimbang dengan keadaan itu, dia terus membawa anaknya untuk rawatan di Hospital Tanah Merah di sini sebelum dibenarkan pulang selepas disahkan tidak mengalami kecederaan serius.
Menurutnya, dia juga sudah membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di sini kira-kira pukul 8.56 malam pada Ahad lalu.
“Selepas mendapat tahu saya membuat laporan polis, suami tidak pulang ke rumah sehingga hari ini. Saya ada mencarinya, namun dia gagal dikesan.
“Saya amat bersyukur apabila anak lelaki tidak mengalami kecederaan yang serius ekoran daripada kejadian tersebut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Pihak polis masih mengesan suspek,” jelasnya setakat pukul 3 petang semalam. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
tu..la dek..awat pedajal keta tu..kang dh dpt 'tendangan padu maut Gaban'.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan celaka..tendang kat dada budak umur 12 tahun...sakit hati baca.... |
|
|
|
|
|
|
|
Eh budak ni
Ko buat hal pepagi cari marah org
Yg pak tirinya pun, ko bagi penendang bukannya boleh selesai problem tu pun
Jgn ikut rasa marah tu
Kan dah jd kes polis |
|
|
|
|
|
|
|
Dua Dua Salah
Gitu iols jadi Hakim
Haha
Tp nape tak beli gunting maknye oi..
Anak nak guna kat skola |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka ko budak
gatai dok p pancit keta buat apa
tengok keta pun tau hampa mai dari keluar b40 tapi p pancit taya dah kena keluar duit pulak nak p pam
member tu kot kalut nak p kerja semua
dapat pulak anak tiri perangai gini
elok kena terajang dari awal supaya jadi anak berguna
tapi iols tak setuju la terajang tu
elok bagi pengajaran lain je
bapak tiri pun muda lagi dari mak dia.
asal berlaki kahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapjer tendang ank org.
Ni Mak dh kalut ank sakit dada sesak nfs..barulah terpaksa bwk gi hosp, dan bila doktor nurse tanya sbb..tanya itu ini..nmpk bengkak, doktor surelah panggil polis hosp utk buat kes..then mak kenalah gi wat report polis.
|
|
|
|
|
|
|
|
kaum lelaki tak nak bagi sepatah dua kata ke?
pernah dgr pepatah mengatakan
jgn buat hal dgn lelaki time pagi
dia punya hangin tu lain maciam
dapat anak tiri perangai mcm ni
macam manala ada akal umur 12 tahun da pandai pancitkan tayar keta
|
|
|
|
|
|
|
|
budak ni pun, nak ponteng, ponteng je la....
susahkan org pagi2 nak pegi kerja. mmg mendapatla
besar besok, bakar opis sebab x nak g keje |
|
|
|
|
|
|
|
gunting apa tu yg cikgu nak sampai budak tu takut nak datang sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
bangang sedap je diside kick anak tiri. baguslah jgk mak dia tu berani report polis. kalau tak tak pasal2ko sekali ke dalam kak |
|
|
|
|
|
|
|
Yg si mak tu dah janda ada anak gatai nak berlaki tu ngape...ko ingat jantan sekarang boleh bagi ko dan anak ko makan ke.Silap silap anak ko yg terima padah. Anak tiri pompuan dirogol, yg anak lelaki plk senang senang di bunuh. |
|
|
|
|
|
|
|
sebat dekat tapak tangan ler.. ni sampai bagi penerajang.. marah sampai ilang iman |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit lah hanjeng! Nasib bdk tu tak mati! Mohon polis terajang dada jantan ni once dah cekup!
Byk lagi cara lain kau nak hukum budak tu.
Mak mohon diceraikan zantan tagune ni yachhh. Jgn ditunggu lagi yach!
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat bakal kembali menjanda. Apa pun elok report polis sbb ini keganasan melampau. Serahkan pakcik tu borang PAS. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah tak boleh bawak gunting ke sekolah je... Mujur dadamu tak kena gunting & jahit oleh doktor dekkkkk... Tak tahu lah kesan jangka panjang, check punya check esok2 mmg kena jahit perut dada mu...
Bapak tiri pun, mu bukan umur BBNU nak buat keputusan lari2 gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
mana nak menyorok pun bapak tiri baran tu..tak lama nti kena kutip la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu makan dia..kecik2 dah panjang akal nak menyusahkan orang tua..mak pulak selalu menangkan anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Somi Pucok Mude
Next!!!!!!!!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|