CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 894|Reply: 15

[Tempatan] Raja Petra dakwa kerajaan tak benarkan balik ke Malaysia, bukan pengecut

[Copy link]
Post time 21-6-2023 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Raja Petra dakwa kerajaan tak benarkan balik ke Malaysia, bukan pengecut


Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa mendedahkan kerajaan tidak membenarkannya pulang ke tanah air. - Tangkap layar Twitter @RajaPetra


KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa kerajaan tidak membenarkannya pulang ke tanah air dan bukannya menjadi pengecut seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Raja Petra berkata, pelbagai cara sudah dilakukan olehnya pulang ke Malaysia sejak 2013, termasuk mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga mendakwa turut mengadakan rundingan dengan dua menteri Kabinet serta Bukit Aman untuk membantunya pulang ke negara ini.

"Pengkritik menghina saya dan kata saya pengecut untuk balik ke Malaysia, yang sebenarnya saya cuba balik banyak kali tetapi dihalang.

"Saya juga sudah balik ke Malaysia (secara) simbolik, saya pergi ke Kedutaan Malaysia di Bangkok, Kedutaan Malaysia di Jakarta, Kedutaan Malaysia di Singapura serta London. Lebih tujuh hingga lapan kali.

"Mereka tidak tangkap saya pun, kalau nak kira saya boleh ditangkap bila masuk ke kedutaan. Tetapi tiada kes terhadap saya dan saya bukannya pelarian. Boleh semak nama saya dalam laman sesawang Interpol (Polis Antarabangsa) dibawah Notis Merah, memang tiada.

"Apa sahaja tuduhan terhadap saya yang mengaitkan Rosmah mahupun Najib, semuanya sudah digugurkan dan ditarik balik," katanya menerusi rakaman video yang disiarkan di Twitter miliknya.



Pada 2009 media melaporkan, Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah melalui laman webnya.

Dalam pada itu, Raja Petra turut mendakwa, kerajaan tidak mahu beliau pulang kerana takut akan mengganggu gugat keamanan negara.

"Mereka (kerajaan) takut saya akan beri bahaya kepada kerajaan, itu alasan yang diberikan. Mereka lebih nak saya duduk di London, biarlah saya menulis atau buat video asalkan saya tidak turun padang ceramah di kampung atau merata tempat seterusnya kerajaan akan menghadapi masalah.

"Kerajaan takut saya buat 'roadshow', kalau saya ceramah boleh tarik sehingga 30,000 penonton dan jumlah itu akan bertambah sehingga 50,000 pada musim Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN). Jadi bukannya saya tidak mahu balik, cuma kerajaan tidak membenarkan," dakwanya lagi.

Walaupun begitu, Raja Petra berkata, pasportnya masih aktif dan boleh memperbaharuinya pada bila-bila masa.

"Saya minta bantuan Zahid dan beliau kemudiannya minta bantuan kepada Jabatan Imigresen dan pihak kedutaan. Saya masih boleh memperbaharui pasport ini, kalau saya tidak mampu ke London, dia akan hantar pegawai ke rumah saya dan itu adalah arahan TPM," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... k-ke-malaysia-bukan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2023 11:00 AM | Show all posts
sebenarnyahh, kerajaan mana yang tak bagi uols balik? Nak kata BN pun bukan, PH pun bukan, PN pun bukan, Madani pun bukan.

Dah berapa kali tukar kerajaan, uols tak balik-balik pun?

Takkan la semua pemimpin politik takut dengan uols?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 01:08 PM | Show all posts
jangan esok tanah pun tak bagi balik..
takkan nak campak dalam laut
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tak payah balik lah, buat semak ja..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 09:56 PM | Show all posts
Penipu ..penghasut kaki todi ni… padahal kes makamah saman fitnah bertimbun!

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun  dah  lupa psl apa dia mula2 lari ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2023 11:34 PM | Show all posts
alesandra replied at 21-6-2023 10:09 PM
Aku pun  dah  lupa psl apa dia mula2 lari ?

abis anak dia buat apa smpi menang exco puteri umno?
adik dia buat apa smpi dilantik CEO GLC Terengganu?


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 01:04 AM | Show all posts
Saya kali terakhir balik Malaysia 2017. Rindu nak balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 21-6-2023 10:09 PM
Aku pun  dah  lupa psl apa dia mula2 lari ?

Kena saman pitenah… dulu kipas Bang Non skrg kipas PN… lalang jugak ni pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 01:09 AM | Show all posts
Kerajaan tak bagi balik tu maksudnya dia akan kena tangkap kat pintu masuk ke macamana? Nak NTL SPK bagai tak boleh sebab dia warganegara. So boleh tangkap saja di pintu masuk kalau nak. Tapi kan dia sendiri kata takde apa2 halangan dari segi boleh kena tangkap sebab AG tak charge dia dan kerajaan pun takde niat nak charge dia? So kalau kerajaan tak berniat nak tangkap dia, balik saja la. Kecuali ada orang kerajaan dah warning kalau kau balik, kena tangkap dan charge. Selagi tak balik, tak charge apa2. So kalau macam tu, kiranya takut kena tangkap la kalau balik. Tak pun takut kena target. So maksudnya takut la. Bukan pengecut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Setan yg x pernah tidor…. Guiness Stout satu please
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuin-Kepam replied at 22-6-2023 01:05 AM
Kena saman pitenah… dulu kipas Bang Non skrg kipas PN… lalang jugak ni pun

Saman pitnah sapa?lupa lerr
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 07:06 AM | Show all posts
TAKUT sebab kes mahkamah yang menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg awal2 lari ke london tu nper..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 09:35 AM | Show all posts
alesandra replied at 22-6-2023 04:48 AM
Saman pitnah sapa?lupa lerr

sape lah lagi..big mama rose ler..dgn guan eng pon ade..RM600k
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan mana satu yg x bg balik tu, Cuba ckp biar terang kerajaan yg mana. Dah mmg terang lg bersuluh ko pengecut lps tu kata bukan pengecut, mabuk ketum ke apa. Tp klu x blk pun okay jer sbb menyemak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.133196 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list