|
Pelakon Kilafairy menerusi Instagram Story meluahkan kebimbangannya terhadap keadaan terkini ibunya, penyanyi Rohana Jalil.
Meruntun jiwa melihat foto dia menggenggam tangan ibunya dengan kata-kata yang menyentuh hati.
“Mengharap pada keajaiban, tidak akan lepaskan Mama (pergi),” katanya.
Terdahulu, mStar melaporkan, keadaan Rohani kini semakin lemah apabila kuman sudah mula merebak ke beberapa organ penting seperti buah pinggang dan paru-paru, membuat jantungnya berpotensi untuk berhenti pada bila-bila masa.
Pengurus Rohana, dikenali sebagai Jepun juga mendedahkan penyanyi popular 80an itu tidak lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penggunaan mesin rawatan sudah tidak mampu lagi merawatnya.
IG
Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, masih dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur, bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.
Rohana dimasukkan ke hospital sejak April lalu selepas disahkan mengalami kebocoran usus, dan tidak boleh makan serta minum selain hanya bergantung kepada antibiotik untuk proses penyembuhan. - CARI |
|