CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1433|Reply: 16

[Tempatan] Saka No. 1 Negara dah mengamuk..menyaman bagai nama anak dipetik dapat kontrak RM214.2 juta!!

  [Copy link]
Post time 20-6-2023 02:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by stingertaikjubo at 20-6-2023 04:52 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu pemberian kontrak gentian optik bernilai RM214.2 juta yang diberikan kepada syarikat yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri dan menteri kewangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pembelaan terhadap saman fitnah terhadapnya.

Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui e-filing malam tadi, pengerusi PH itu bergantung kepada pembelaan justifikasi (sedia untuk membuktikan dakwaan di mahkamah) dengan menyebut antara lain pemberian kontrak kepada Opcom Cables Sdn Bhd.

Presiden PKR itu mendakwa anak sulung Mahathir, Mirzan menjadi pengarah Opcom Cables dari 1994 hingga 2021, anak kedua Mokhzani menjadi pengarah dari 2009 hingga 2019, anak ketiganya, Mukhriz menjadi pengarah dari 1994 hingga 2019, dan isteri Mukhriz, Norzieta Zakaria menjadi pengarah dari 1995 hingga 2021.

Mahathir adalah perdana menteri dan menteri pertahanan ketika kontrak itu diberikan.

Pernyataan pembelaan itu dibuat ekoran dari saman fitnah yang difailkan oleh Dr Mahathir.

Mantan perdana menteri itu menyaman Anwar RM150 juta yang terdiri dari ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan ganti rugi teladan RM100 juta.

Semasa kongres PKR pada 18 Mac, Anwar merujuk kepada Mahathir tanpa menyebut nama beliau dan menyatakan bahawa mantan perdana menteri bersikap perkauman dan memperkayakan ahli keluarga.


Kawal MOF Inc, bantu keluarga
Anwar turut menyatakan bahawa Dr Mahathir mengawal Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) sewaktu memegang jawatan perdana menteri dan menteri kewangan.

“Pada tempoh material tersebut, Opcom Cables dikawal oleh dan/atau dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Plaintif seperti yang dijelaskan dalam perenggan 61 di atas.

“Dalam kata lain, ahli-ahli keluarga plaintif mempunyai kepentingan yang besar dalam Opcom Cables; Kencana Petroleum adalah dan/atau, untuk semua maksud dan tujuan, sebuah syarikat yang dimiliki oleh dan/atau dikawal oleh Mokhzani.

“Walaupun hanya ditubuhkan pada tahun 2001 dan tiada sebarang rekod prestasi yang diketahui, Kencana Petroleum telah diberikan lesen fabrikasi utama oleh Petronas.

“Lesen fabrikasi tersebut telah diberikan kepada Kencana Petroleum semasa Plaintif adalah perdana menteri,” kata Anwar.

Anwar turut mendakwa bahawa Mahathir sebelum itu juga menyelamatkan syarikat anaknya (Mahathir) sewaktu krisis kewangan Asia.
Antara syarikat tersebut ialah KPB yang kini dikenali sebagai Pos Logistics Berhad.

Mirzan ketika itu adalah pemegang saham majoriti dan pengarah KPB.

Anwar mendakwa bahawa beliau telah menolak permintaan Mahathir untuk menyelamatkan KPB mempunyai liabiliti bersih RM423.94 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 1997.

“Walaupun defendan enggan melayan permintaan KPB untuk bantuan kewangan dan beliau juga telah menjawab Plaintif seperti yang dinyatakan di atas, defendan telah dimaklumkan kemudian oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican, yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Berhad (Petronas) terdahulu, bahawa plaintif telah mengarahkan Petronas untuk menyelamatkan KPB.”

Anwar turut mendakwa saman yang difailkan oleh Mahathir ke atas dirinya berniat jahat kerana Mahathir tidak mengambil tindiakan sama ke atas penerbitan dan anggota masyarakat yang membangkitkan perkara sama.”

Tindakan ini telah difailkan dengan tujuan untuk melemahkan kredibiliti defendan sebagai perdana menteri semasa serta Kerajaan Persekutuan semasa, dan untuk mewujudkan perpecahan kaum memandangkan pilihan raya negeri yang akan datang bagi Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah;

“Plaintif telah baru-baru ini membuat banyak serangan umum yang tidak berasas terhadap Kerajaan Persekutuan semasa yang dipimpin oleh defendan semata-mata untuk melemahkan/menjejaskan kredibiliti mereka memandangkan pilihan raya negeri yang akan datang bagi Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul pun tuduhan Mahathir ni korup dan memudaratkan negara bermaksud PH ni sendiri korup dan takde integriti moral kerana mengetahui tentang kejahatan Mahathir tetapi demi kuasa sanggup berkerjasama malah menaikkan Madey sebagai PM pada 2018. Kalau benar ikhlas menentang rasuah tahun 2018 jadi kerajaan lagi PH sepatutnya terus kenakan pendakwaan terhadap Mahathir. Ini nampak sangat PH menyembunyikan kesalahan orang sewaktu memerlukan dia tapi sebaik tak diperlukan lagi baru sibuk nak dedahkan itu ini. Hipokrit gila PH ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 07:22 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 20-6-2023 04:48 AM
Kalau betul pun tuduhan Mahathir ni korup dan memudaratkan negara bermaksud PH ni sendiri korup dan  ...

sama situasi macam skrg. berpuluh tahun meratib ameno rasuah segala siap buat lagu penyamun bagai. alih2 demi kuasa sanggup jilat ludah kahak hijau comolot dgn ameno yg korup tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 20-6-2023 04:48 AM
Kalau betul pun tuduhan Mahathir ni korup dan memudaratkan negara bermaksud PH ni sendiri korup dan  ...

Mcm rayer jelutong ckplah dulu tun geng kita so semua boleh. Sekarang tun dah kawan dgn PAS dah sesat...haha

Tambah pulak sany badut Ulu Langat ckp ini kerajaan kita ikut suka hatilah kita nak buat apa....haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
bayan_nuri replied at 20-6-2023 07:22 AM
sama situasi macam skrg. berpuluh tahun meratib ameno rasuah segala siap buat lagu penyamun bagai. ...

Ya betul.... 3 dekad hasut rakyat benci UMNO... Sampai ada mahasiswa kena buang universiti sebab join demo berguling atas jalanraya.... Ada demonstrator siap mati memgejut tengah2 demonstrasi jalanan.... Ekonomi negara hancur disebabkan asyik politiking nak menjatuhkan UMNO yg dikatakan terlalu jahat itu. Siap buat lagu khas hoiyahoi mengutuk UMNO penyamun.

Tup tup... Demi dahagakan kuasa nak jadi PM, selamba je comolot & bersetubuh dengan UMNO. Terus dibaptiskan UMNO jadi suci murni bak embun pagi.

Begitulah hipokrit & munafiknya PH... Mereka tiada integriti moral pun sebenarnya.... Mereka bukan benar-benar anti rasuah pun.... Tapi menunggang slogan menentang rasuah demi mendapatkan sokongan rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 07:51 AM | Show all posts
biarlah org atasan bergaduh pulak, kami rakyat tetap sama dgn isu yg tidak pernah selesai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2023 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
@Orix kata apa… penyembah saka abadi tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kredebiliti pmx da tercemar la. Bnyk bnd yg beliau katakan sbnrnya x menjadi atau x btl. Cthnya jumlah pelajar x ambik spm, penyelewengan vaksin, Dana Judi. Bodo mn la yg nk percaya dgn pmx ni lg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 08:05 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 20-6-2023 04:48 AM
Kalau betul pun tuduhan Mahathir ni korup dan memudaratkan negara bermaksud PH ni sendiri korup dan  ...

utk jatuhkan Pee Eem 1mdb..

la ni negara bayar utang (pokok & bunga) imdb yg x abis2

blom lagi projek ketapi laju ke pantai timur yg mungkin dibuat utk gali lobang baru, tutup lobang lama (imdb)..

coba bayangkan, bayangkan, bayangkan..

kalo bijan maseh Pee eem

agaknya Jow Lown makin kayos



Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:06 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 20-6-2023 08:49 AM
otai_g replied at 20-6-2023 08:03 AM
Kredebiliti pmx da tercemar la. Bnyk bnd yg beliau katakan sbnrnya x menjadi atau x btl. Cthnya juml ...

Cai2 asek sebut DSAI mungkir janji dan x der kredibiliti sbb geng ngan Wak Jahit..
apa yg DSAI dah buat antaranya kat bawah...

no more resuah n sakau masa DSAI PM ni (kalo abahcow Pee Eem - amalan sakau tu mgkn ada tak?)

kestabilan politik

usahakan solution masalah air klate yg x penah settle dari dolu2..

penuhi terma2 agreement dgn Sabah Sarawak

--

kalo DSAI nak bagi tol free, pendidikan percuma bole

tp sabsidi petrol dll kena turunkan dan utang negara mgkn jadik > 2 trillion dalam masa 1 tahun

--

utamakan apa yg patut dulu..

mcm individu manage kewangan sendiri

ukur baju dibadan sendiri

utang da keliling pinggang..

duit gaji paras idung

ada hati nak beli BMW
--

mcm ko janji ngan bini kesayangan, gaji bulan ni blanja wagyu kat me nate...

tetiba kete rosak plak

cancel dulu makan kat me nate

next gaji..

bini plak (mcm rakyat Mesia) trus nak mintak cerai..






Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuin-Kepam replied at 20-6-2023 07:58 AM
@Orix kata apa… penyembah saka abadi tu

Bukti ada?? Ke setakat babi terbang sampai sprm pun mintak org ramai provide bukti ? Kahkahkah. Orang bodoh bangang otak dekat buntut jah tak reti fikir. Elok la sokong saka drpd menyembah babi terbang
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:58 AM | Show all posts
kepada yang dah mula pudar cintanya pada atok, maka kembalilah menonton video ini

ingatlah bahawa video inilah yang mensebabkan anda semua telah mensucikan atok satu ketika dahulu


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2023 08:59 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 10:28 PM | Show all posts
bermakna..berakhirlah karier politik saka. Sekarang makamah la tempat berjuang..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 10:40 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 20-6-2023 04:48 AM
Kalau betul pun tuduhan Mahathir ni korup dan memudaratkan negara bermaksud PH ni sendiri korup dan  ...





tu yang buat raxxyat jadi meluat pulak dengan PH nih... saiiya ulam.. raxxyat meluat. Masa lapar undi, segala macam cerita keluar, segala macam formula keluar. last2.. raxxyatt kena game. sama je korup.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 11:27 PM | Show all posts
Saka hilang deposit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.336999 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list