CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13173|Reply: 200

Kuman Merebak Ke Seluruh Badan, Rohana Jalil Dah Tak Boleh Dirawat Di ICU

[Copy link]
Post time 19-6-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Rohana Jalil yang sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor sejak April lalu kini dalam keadaan lemah dan memerlukan pemantauan pakar.


Menurut pengurusnya yang mahu dikenali sebagai Jepun, Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, berada dalam keadaan stabil, namun keadaan tubuhnya dilaporkan terlalu lemah selepas disahkan mengalami kebocoran usus.




mStar




"Keadaan dia sangat lemah tetapi masih stabil. Kebocoran usus yang dialaminya masih belum sembuh lagi.


"Sekarang ini doktor tidak boleh buat apa-apa kerana keadaan Rohana terlalu lemah dan kalau nak buat prosedur rawatan seterusnya pun agak susah.


"Rohana tak boleh makan atau minum dan hanya bergantung kepada antibiotik untuk sembuhkan usus yang bocor itu," katanya ketika dihubungi mStar.


Dalam pada itu, Jepun mendedahkan Rohana tidak lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penggunaan mesin rawatan sudah tidak mampu merawat penyanyi itu.


Tambah Jepun lagi, kuman akibat kebocoran usus itu telah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.




IG




"Dia sudah tidak boleh dirawat di ICU kerana penggunaan mesin-mesin rawatan semuanya tidak lagi memberi kesan terhadapnya.


"Disebabkan usus telah bocor, kuman-kuman semua telah menyerang ke organ-organ seperti paru-paru dan buah pinggang.


"Apabila kuman dah merebak ke organ utama, doktor berkata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa kerana dia pun sudah tidak kuat untuk melawan penyakitnya itu," ujarnya.


Berkongsi punca sebenar masalah kesihatan yang dialami penyanyi lagu Rayuanku itu, Jepun menjelaskan Rohana pernah menjalani pembedahan bariatrik dua tahun lalu bagi merawat masalah gastrik.


Rawatan itu dibuat susulan mendapat khidmat nasihat daripada doktor, namun semuanya bertukar menjadi lebih rumit akibat kesan yang dialami pada usus.




Rohana dan anaknya, Kilafairy - IG




"Doktor mencadangkan agar Rohana melakukan pembedahan bariatrik dan katanya dengan melakukan prosedur ini dapat menghilangkan sakit gastriknya.


"Cuma kesilapannya apabila doktor tidak memberitahu kami keadaan usus Rohana selepas melakukan pembedahan itu.


"Doktor hanya memberitahu usus ada luka dan kemerah-merahan tapi doktor tidak memaklumkan sebenarnya ia sudah menjadi teruk," katanya.


Bagi mengatasi masalah itu, Jepun memberitahu doktor hanya memberikan ubat antibiotik bagi merawat usus Rohana dan melakukan rawatan susulan tanpa diminta untuk merujuk ke hospital pakar.


Selaku pengurus yang telah menjaga Rohana selama 20 tahun, Jepun berasa kesal dengan tindakan pihak hospital kerana tidak memaklumkan perkara sebenar kepada mereka.


"ihak hospital memberikan ubat antibiotik dan katanya Rohana akan sembuh. Sebagai pesakit, kami percaya dengan nasihat doktor itu dan ikut saja seperti yang disarankan.


"Tetapi sebenarnya ia langsung tidak membantu. Sepatutnya dia sebagai pakar perut menasihatkan kami untuk merujuk kepada doktor pakar.


"Namun, dia ambil tindakan sendiri dan meneruskan dengan rawatan susulan yang mana tidak juga memberikan kesembuhan kepada Rohana," jelasnya.


Sementara itu, Jepun memberitahu sebelum ini pihak hospital menyarankan agar Rohana tidak menerima pelawat selain ahli keluarga bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.


Bagaimanapun, melihatkan keadaan Rohana yang semakin tenat, penyanyi itu dibenarkan untuk menerima pelawat.


"Kami memang menghadkan pelawat untuk datang menziarah Rohana atas nasihat doktor juga kerana bimbang dijangkiti kuman.


"Tapi melihatkan keadaannya sekarang, saya sudah mula meminta rakan-rakan baiknya untuk datang melawat.


"Cuma saya mohon maaf kerana tidak boleh beri izin untuk semua datang melawat kerana terlalu ramai. Jadi, mana-mana rakan artis yang baik dengan Rohana, mereka boleh datang melawat," katanya.


Pada April lalu, Rohana dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU HCTM (UKM) akibat mengalami kebocoran usus.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman je doktor & hospital yang buat bariatric surgery tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 02:57 PM | Show all posts
semoga di permudahkan urusan dan cepat la sembuhnya...
betul ke usus dia bocor sebab potong perut?
ikut apa iols baca dari forumer2 kata...

bahaya betul yach kalau tersilap dan luka potong tu tak sempat sembuh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:06 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 19-6-2023 02:57 PM
semoga di permudahkan urusan dan cepat la sembuhnya...
betul ke usus dia bocor sebab potong perut?
i ...

poremer kata apa nok..
kat thread lagi satu tu ke info nye

bangnon ke tu..banyak betul ye masa siap pakej melawat retis
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 19-6-2023 01:57 PM
semoga di permudahkan urusan dan cepat la sembuhnya...
betul ke usus dia bocor sebab potong perut?
i ...

tak sembuh dah. Hanya tunggu mati je.

Doktor yg buat bariatric tu nampak usus dia inflamed dan luka. Tapi dia prescribed antibiotik. Follow up pun sama je bagi antibiotik. Gitu je. Kata si Jepun, patutnya doktor tu rujuklah kes ke doktor pakar, bagitau keadaan usus macam mana yg sebenarnya. Ya lah dah dia tengok sendiri dengan mata kepala dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:15 PM | Show all posts
bottombikini replied at 19-6-2023 03:06 PM
poremer kata apa nok..
kat thread lagi satu tu ke info nye

tak ingat dah iols kat thread mana kaka... tapi lebih kurang gitu lah citernyaa yang iols baca...

bahaya betul ye potong perut gone wrong macamni...

adoiiii... baik acik2 porum ikut saranan iols pergi buat kimo je bagi kurus...
repeat je la sampai takde rambut... lagi selamat...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2023 03:16 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 19-6-2023 03:13 PM
tak sembuh dah. Hanya tunggu mati je.

Doktor yg buat bariatric tu nampak usus dia inflamed dan l ...

omg sedihnyaa tu la kalau jangkitan kuman dah merebak ke seluruh badan ni memang peluang tu tipis sangat...
cuma boleh berdoa je lah...

tak sangka ada risiko besar kalau potong perut ni... bukan kira usia... kalau yang muda2 buat pun kalau tak sempat sembuh luka tu dan bocor aiyoo bahaya betul...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:24 PM | Show all posts
haaaa.....part2 mcm ni tak de pulak nak promote bariatric tu....ishkkk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 03:26 PM | Show all posts
gemok sangat ke dia??
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:27 PM | Show all posts
banyak side effect potong usus ni, ramai sekarang yg buat kan..
take care
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah hosp mana la dia buat bariatric tu?.

Lenkali kalau dh tua sakit, gi la check darah..ada kuman ker virus ker..barulah doktor akan bg antiobitk mana yg sesuai..jgn main telan jer antiobitk tu. Ni skg dh merebak kat organ utama..mmg x bole buat apa dh..Kecuali imun bdn tu sendiri yg lawan..itupun kalau ada.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 19-6-2023 03:28 PM

Kalo baca komen2 omputih mostly nyesal buat sebab ada kesan pd diri. Kat sini positif manjang..   yg terlalu obese 150 ke atas leh ler buat, ni yg baru 70 kg pun nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya lah..cth ..kalau buat bariatric...plastik surgery etc..doktor yg buat tu dh habis kerja dia, so yg selebihnya client/pesakit tu la yg kena follow up kalau ada simpron /efek apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 19-6-2023 03:13 PM
tak sembuh dah. Hanya tunggu mati je.

Doktor yg buat bariatric tu nampak usus dia inflamed dan l ...

Kan.. da takde rawatan lg dah.

Kesian
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:44 PM | Show all posts
arwah abang aku juga mengalami kes usus bocor.
on / off keluar masuk hospital selepas 6 bulan
allah jemput kembali


Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:46 PM | Show all posts
pelik pula aku baca doktor suruh buat bariartric sebab dia kena gastric teruk

tak pernah lah aku dengar sebelum ni

anyway…semoga Allah permudahkan segala nya utk Rohana Jalil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 19-6-2023 03:46 PM
pelik pula aku baca doktor suruh buat bariartric sebab dia kena gastric teruk

tak pernah lah aku de ...

Mcm alyah... Kata nya gastric... Tu buang perut gak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak Nora pun meninggal kan lepas operate perut...
Tengok bdn la agaknye buat ni... Kuat ke tak nak tahan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:56 PM | Show all posts
Edited by Incanto at 19-6-2023 03:58 PM
timah03 replied at 19-6-2023 03:52 PM
Mcm alyah... Kata nya gastric... Tu buang perut gak...

sebab kawan aku ada gastric teruk....sampai 5 minggu tak baik

GP dia refer pada pakar gastro kat PCMC, Gleneagles....takde pun yg suruh buat bariatric

semua treat dgn ubat je

mungkin sbb kawan aku tu kurus, kalau buat bariatric nanti tinggal tulang
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:57 PM | Show all posts

Aku insan yg lemah
Hanya mampu berserah
Ingin sekali bertemu
Untuk mencurah rinds

Bait bait permulaan lagu yg begitu apt antara komunikasi dgn PENCIPTA...

Maka jika yg terbaik baginyer adaler kesembuhan...semoga Tuhan berikannyer kesembuhan in total, tapi jika menemui PENCIPTAnyer adaler yg terbaik buat dirinyer...semoga diberi kelapangan keringanan dan diambil dlm keadaan iman dan islam...

In syaa allah...ameen...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064461 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list