CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 495|Reply: 2

Penunggang Motosikal Sempat Tunjuk 'Stunt' Sebelum Rempuh Lori Tangki

[Copy link]
Post time 19-6-2023 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki sempat membuat aksi lagak ngeri atau 'stunt' sebelum motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori tangki.


Video berdurasi 30 saat itu dikongsikan oleh seorang pegawai polis India, Rupin Sharma di laman Twitternya.


Tangkap layar kejadian seorang penunggang motosikal hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori tangki.



Insiden ngeri itu berjaya dirakam oleh seorang pemandu yang memandu di belakang penunggang tersebut.


Mangsa dilihat memakai sut penuh penunggang dengan kamera GoPro diletakkan di topi keledarnya.


Berdasarkan rakaman, aksi itu dilakukan di jalan yang lengang, namun laluan bertentangan dilihat agak sesak serta dipenuhi dengan kereta dan lori.


Malangnya, selepas membuat aksi pacak, motosikal lelaki berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh lori tangki yang datang dari arah bertentangan.


Akibat perlanggaran itu, badan lelaki tersebut dipercayai digilis oleh kenderaan terbabit.


Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet, ada yang berharap agar orang ramai terutamanya penunggang motosikal mengambil insiden itu sebagai satu pengajaran.


"Terdapat trek khas yang disediakan untuk perlumbaan, jika anda gemar berlumba, sila berlatih di trek tersebut, bukan di atas jalan awam," kata seorang pengguna Twitter. — Agensi




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 05:16 PM | Show all posts
Bagus hilang sorang rempit kelly.ng
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 01:27 AM | Show all posts
Jalan raya bukannya tmpt utk merempit atau buat aksi2 yg boleh mendatangkan bahaya!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049080 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list