CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Saya mahu dengar daripada mulut dia sendiri, kenapa menunggang melawan arus'

[Copy link]
Post time 18-6-2023 11:24 AM | Show all posts |Read mode

MOTOSIKAL digunakan suspek yang merempuh motosikal berkuasa tinggi ditunggangi Ahmad Fadzil (gambar). FOTO Ihsan keluarga dan polis

Kuala Lumpur: Anak kepada lelaki yang maut dalam nahas di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Rabu lalu, berhasrat mahu berjumpa penunggang motosikal yang menjadi punca kemalangan meragut nyawa bapanya.

Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36, berkata, dia mahu mendengar sendiri alasan individu terbabit yang menunggang motosikal secara melawan arus hingga mengorbankan bapanya, Ahmad Fadzil Omar Azzadin, 62.

Menurutnya, dia dimaklumkan polis berhubung tindakan penunggang motosikal itu yang menyerah diri pagi tadi.

"Saya juga dimaklumkan pegawai penyiasat kes bahawa individu itu mengalami kecederaan akibat kemalangan berkenaan. Polis memaklumkan supaya saya menangguhkan hasrat bertemu lelaki terbabit memandangkan kesihatan lelaki itu tidak mengizinkan.

"Namun, saya tetap mahu bertemu penunggang motosikal itu. Saya mahu mendengar daripada mulut dia sendiri, kenapa dia menunggang melawan arus," katanya ketika dihubungi, tadi.

Muhammad Hafidz berkata, dia terkilan apabila lelaki terbabit mahupun ahli keluarga lelaki itu tidak tampil menjelaskan apa yang berlaku serta meminta maaf meskipun kejadian itu heboh diperkatakan.

"Sebagai manusia biasa, saya memahami setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Disebabkan itu, saya mahu dengar alasan darinya supaya apa yang berlaku ini ada penamat.

"Sejujurnya, kami sekeluarga sudah reda dengan apa yang berlaku dan boleh memaafkannya. Malah saya juga yakin sekiranya bapa masih hidup, dia pun pasti akan memaafkannya," katanya.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak memberikan kata semangat dan komen positif kepada mereka sekeluarga, terutama terhadap ibunya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang penunggang motosikal tampil membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Kajang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki berusia 41 tahun dan berasal dari Kajang itu sudah dirakam keterangan berkait kes itu.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... nggang-melawan-arus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.051656 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list