"Saya nak komen banyak pun susah sebenarnya cuma jujurnya memang terasa biarpun bukan saya yang bersanding malam ini.
"Sebagai sahabat saya faham perasaan mereka. Kecewalah, memang kecewa.
"Saya tak mahu fikirkan sangat tapi kalau ikut logik, dia sahabat kami yang berkawan sejak dulu sepatutnya datang.
"MK ada beri jemputan ke majlis pernikahan dan kenduri hari ini," katanya.
Tambah Noki, sudah enam bulan sejak kali terakhir mereka berkomunikasi dengan Tuju dan tidak menafikan berlaku sedikit salah faham sehingga hubungan mereka renggang.
"Kami memang tak ada hubunginya langsung sejak enam bulan lalu... Apa yang saya boleh katakan, kami memang ada sedikit salah faham yang rasanya susah sikit untuk diselesaikan," dedahnya.
Noki bagaimanapun tidak menolak sekiranya Tuju mahu kembali semula bersama K-Clique namun mengakui hubungan mereka mungkin tidak lagi akrab seperti dulu.
"Kami (K-clique) tidak ada masalah sekiranya Tuju ingin kembali tapi keakraban itu tidak akan jadi seperti dulu,” katanya.
Sebelum ini, penampilan Noki, Kdeaf, Somean, NastyNas dan Gnello segak mengenakan baju Melayu berwarna coklat cair menjadi dulang boys atau pembawa dulang semasa majlis pernikahan MK mencuri perhatian netizen.
Bagaimanapun, ketiadaan salah seorang ahli iaitu Tuju turut menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.
Pada Jumaat, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.
Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan.
Sumber: mStar