|
Puchong: Seorang wanita terperangkap di dalam rumah selepas pintu jeriji di apartment di Taman Putra Perdana, di sini, terkunci dari luar.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, 8.59 pagi tadi.
"Tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kami mendapati berlaku kecemasan membabitkan pintu jeriji rumah berkenaan yang terkunci dengan terdapat seorang wanita terperangkap di dalam kediaman itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, anggota bertugas kemudian memotong mangga pada pintu jeriji berkenaan bagi mengeluarkan mangsa.
"Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|