CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3818|Reply: 0

Koleksi hormati warisan

[Copy link]
Post time 19-3-2025 02:51 PM | Show all posts |Read mode

Gabungan antara gaya dan tradisi diolah sempurna untuk menampilkan pelbagai seleksi rekaan menarik sempena Aidilfitri ini.

Poplook umpamanya menyerlah dalam koleksi yang memenuhi cita rasa pemakai dengan gaya tersendiri.

Menerusi koleksi Perantau, himpunan rekaan menarik itu diilhamkan tradisi balik kampung penuh kehangatan.

Koleksi itu membawa nafas segar kepada kurung chiffon ikonik dan memberikan sentuhan moden kepada busana klasik yang menjadi pilihan ramai.

Bagi yang ingin sedondon dengan anak perempuan tersayang, koleksi ini menawarkan pesona yang sempurna untuk digayakan.

Untuk peminat baju kurung pula, koleksi Tradisi yang meraikan adat dan ikatan kekeluargaan juga boleh dijadikan pertimbangan.

Koleksi itu bukan sahaja menghormati warisan sambil mengangkat keanggunan moden malah direka dengan teliti untuk memberikan keselesaan dan keanggunan yang abadi.

Tumpuan utama koleksi berkenaan adalah baju kurung yang diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti kapas, linen dan viskos lembut, sesuai untuk musim perayaan.

Rekaan diperindahkan dengan perincian halus seperti corak kapas eyelet dan sulaman yang lembut.

Dengan palet warna harmoni merangkumi tona semula jadi yang hangat, pastel lembut dan warna permata terang, koleksi ini menyerlahkan lagi penampilan di pagi raya.

Sementara itu, koleksi Irama adalah terjemahan melodi tradisi dan kebersamaan.

Diilhamkan oleh keindahan melodi yang menyatukan insan, koleksi itu adalah penghormatan kepada rentak kegembiraan perayaan, menggabungkan keselesaan, gaya, dan warisan dalam setiap helaian.

Diperbuat daripada 100 peratus fabrik kapas, koleksi itu menampilkan gabungan cetakan yang memukau dalam siluet santai.

Direka untuk serba guna, setiap helaian berwarna-warni itu membolehkan gaya padanan yang mudah, supaya pemakainya boleh mencipta penampilan unik dan tersendiri.

Sama ada untuk ibu dan anak perempuan atau pasangan adik-beradik, busana sedondon itu meraikan kegembiraan kebersamaan.


Sumber: Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.901449 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list