CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

Aaron-Wooi Yik gegar Istora Senayan

[Copy link]
Post time 17-6-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Aaron-Wooi Yik gegar Istora Senayan


AARON (kiri) dan Wooi Yik pamer aksi cemerlang. FOTO Badminton Photo


Kuala Lumpur: Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik semakin hampir meraih gelaran pertama pada musim ini apabila mengesahkan slot ke separuh akhir di Terbuka Indonesia sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta itu pasangan juara dunia itu berjaya menumpaskan beregu dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito menerusi aksi straight set 21-10, 21-15.

Lebih manis, kemenangan itu turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya menebus dua kekalahan kepada beregu di kedudukan 23 dunia itu tahun ini pada Terbuka Jerman dan Terbuka Switzerland, Mac lalu.

Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 cukup sukar digugat apabila berjaya mengatasi lawan dalam tempoh 40 minit bagi menempah aksi di separuh akhir.

Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik masih memburu gelaran pertama pada saingan musim ini selepas pencapaian terbaik mereka adalah ketika muncul naib juara ketika menyertai Terbuka India Januari lalu.

Selain itu, mereka juga belum merangkul sebarang gelaran dalam saingan Jelajah Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) sejak mula digandingkan pada 2017.

Menjelang aksi separuh akhir esok, Aaron-Wooi Yik akan menantikan pemenang antara beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang dan wakil tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rembitan yang sedang beraksi ketika ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... egar-istora-senayan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.057582 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list