CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

[Kelantan] Isteri gadai barang kemas untuk ternak lembu hibrid

[Copy link]
Post time 17-6-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode

ROSNANI Abd. Ghani menujukkan lembu hibrid yang dibelanya semasa ditemui semasa Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2023 di Pantai Irama, Bachok, Kelantan semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN



BACHOK: Niat membantu suami menjaga dan menguruskan lembu yang dibeli mencambahkan minat Rosnani Abd. Ghani, 51 untuk melibatkan diri dalam bidang penternakan lembu hibrid bermula pada tahun 2004 sehingga kini.

Menceritakan saat mula bergiat dalam bidang itu, Rosnani memberitahu ketika itu suaminya, Ismail Hamzah, 72 tidak sempat menguruskan lembu hibrid dibelinya kerana sibuk dengan kerja sebagai pemandu lori treler.

Menurutnya, berikutan minat yang timbul semakin mendalam, dia bertekad menghantar barang kemas miliknya ke pajak gadai demi menyediakan modal untuk memulakan usaha penternakan lembu hibrid.

“Saya berasal dari keluarga susah. Cuma beruntung kerana ketika bermula dahulu harga lembu masih rendah kerana baru diperkenalkan dan kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.

“Bermula dengan seekor, lama-kelamaan usaha yang dilakukan di samping mengerjakan sawah padi seluas 4.04 hektar semakin berkembang sehingga mampu membina kehidupan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di tapak Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2023 di Pantai Irama, di sini semalam.

Rosnani berkata, sebelum ini dia memelihara empat lembu hibrid dan telah dijual pada tahun lepas bagi tujuan membina rumah baharu sebelum kelompok baharu dibeli untuk stok musim Hari Raya Aidiladha.

Katanya, kelompok untuk musim Hari Raya Aidilfitri terdiri daripada dua ekor lembu hibrid untuk dibela bersama tiga ekor lembu hibrid untuk tujuan korban.

“Untuk tujuan korban lembu-lembu hibrid ini ditawarkan secara bahagian yang mana salah seekor ditawarkan pada harga RM750 satu bahagian, seekor lagi ditawarkan pada harga RM650 bagi satu bahagian dan seekor lagi pada harga RM600 satu bahagian.

“Kos bulanan yang diperuntukkan untuk penternakan lembu hibrid ini dianggarkan mencecah RM2,000 hingga RM3,000 dan boleh dikatakan ia mendapat sambutan berbaloi,” katanya.

Katanya, dia pernah menjual seekor lembu hibrid yang hamil lapan bulan dengan harga RM48,000 kepada seorang pembeli selepas tiga bulan memeliharanya.

“Lembu itu dibeli di Tok Bali, Pasir Puteh dengan harga RM27,000. Sebenarnya tiada niat untuk juga tetapi pembeli tetap berkeras. Jadi suami saya jual pada harga RM50,000 namun saya beri diskaun RM2,000,”ujarnya.

Rosnani turut menyokong hasrat kerajaan negeri untuk memperluaskan inisiatif penternakan lembu hibrid dan mengesyorkan golongan muda menyertainya kerana ia mampu menjana keuntungan.

“Ia memang sesuai diceburi anak muda malah anak saya sendiri, Nur Sharina Ismail, 20 turut saya galak dan latih untuk berjinak-jinak dalam penternakan lembu hibrid.

“Saya sudah 18 tahun melibatkan diri dalam bidang ini. Saya boleh ceritakan malah boleh menunjukkan bukti hasil keuntungan yang telah diperoleh,” katanya. -UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... ernak-lembu-hibrid/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050354 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list