View: 691|Reply: 10
|
MH370: Keluarga Tetap Harap Ada Petunjuk Baharu
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Saya setuju dan sokong usaha kerajaan, tetapi jangan nak menunggu itu dan ini kerana benda dah (sudah) lama.
"Jika ada bukti, teruskan saja...tak perlu lengahkan..," kata Selamat Omar, bapa kepada Mohd Khairuil Amri salah penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370.
Selamat melihat gambar dan keratan-keratan akhbar mengenai kehilangan pesawat MH370 yang disimpan ketika ditemui di rumahnya di Felda Bukit Mendi, Bera. FOTO Arkib NSTP
Selamat, 68, atau mesra disapa Pak Selamat memberi reaksi itu ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan operasi pencarian selanjutnya jika terdapat maklumat atau petunjuk baharu yang sahih dan kukuh berhubung pesawat MH370.
Menurut Selamat, sekalipun yakin anaknya sudah tiada namun sebagai waris, dia masih menanti perkembangan terkini daripada kerajaan dan pihak berkuasa.
"Apa yang penting ada berita, ada perkembangan kerana saya nak tahu betul ke hilang atau jatuh?
"Ia kerana kehilangan pesawat itu sudah lama dan macam tiada kesudahan.
"Jadi, mana yang munasabah (tindakan selanjutnya) teruskan saja, saya sokong kerana nak tengok hasil macam mana.
"Lagipun, sehingga kini, saya masih terkesan dengan kehilangan pesawat itu malah tersinggung dengan jenaka pelawak wanita yang mempersenda MH370," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Seorang lagi waris MH370, G Subramaniam, 64, masih menanti perkembangan lanjut mengenai pesawat MH370 yang dinaiki anak sulungnya, S Puspanathan dan masih belum ditemui sehingga kini.
Gambar hiasan
"Tak tahu nak kata apa kerana sudah lebih sembilan tahun kejadian itu berlalu.
"Sebagai bapa, saya masih lagi terkenangkan anak saya itu jadi sambut baik saja jika kerajaan nak teruskan pencarian.
"Ia kerana sebagai waris, kami masih masih terkesan dan mengharap ada petunjuk baharu ditemui," katanya.
Pada 8 Mac 2014, dunia gempar dengan berita kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pesawat yang berlepas jam 12.41 tengah malam dan dijadualkan mendarat di Beijing, China jam 6.40 pagi hari yang sama itu dilaporkan hilang daripada radar Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA).
Misi pencarian pesawat itu masih belum menemukan sebarang petunjuk kukuh bagi menjawab segala persoalan misteri kehilangannya yang disahkan berakhir di tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
sila kumpul fund sesama sendiri, atau create crowdfunding sendiri untuk teruskan pencarian. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak rasa ia jatuh. Takkan ia kekal elok dlm lautan air masin. Mesti ada bhg mana2 yg damaged dan ada la tu barangan dlmnya yg terapung keluar dan terapung di atas setelah sekian lama. Harap maaf andai kenyataan ini jadi isu sensitif pd ahli keluarga pesawat berkenaan. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulya. |
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 17-6-2023 10:28 AM
sila kumpul fund sesama sendiri, atau create crowdfunding sendiri untuk teruskan pencarian.
Benda ni dah di luar kemampuan kerajaan...nk buat mcm mana kan..berat mata memandang lg berat bahu memikul..pihak2 terlibat dah usaha sehabis boleh, pampasan pun dah diberi...semoga waris2 redha...dan jgn putus doa semoga someday dpt closure.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols suspect najib tau jawapannya. Tp ntah apa yg menghalang dia dari beritahu hakikat sbnr. MH17 pun sama sbb nenek tirinya pun antara mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
memang pun.. bukan nya tak ikhtiar, berapa juta dah spent... hal lagi besar, dah izinkan negara lain selongkar apa ada dalam laut kita, alang2 dah mencari, equipment apa tah semua dia pakai detect apa2 segala nya.....
tu kes bangkai kapal perang british, senyap je kan? tu siapa punya kerja kalau bukan orang dalam sendiri, nasib baik tak kecoh gado dengan china, belum lagi ungkit kes sama kat sabah tu, orang dalam sendiri treasure hunter perangai macam tu, apatah lagi penyangak2 laut luar negara sana...
banyak pihak ada agenda masing2 nak tunggang kes ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
tiber jer tingat kpd Montego Air 828... |
|
|
|
|
|
|
|
Kes mh370 ni aku rasa 'yg tau aje tau' kot. Tp jangankan kata ahli2 keluarga mangsa, tapi kita2 ni pun sampai hari ni masih tertanya2 apa yg sebenarnya jadi, mana bangkai kapal, mana anak2 kapal tu etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berdamailah dgn takdir,redha dan move on.Kerajaan dh usahakan sedaya upaya dah dan keluarga mangsa mendapat pampasan klu xsilap kan.Bukan semua yg kita hendak ada closure ada yg tergantung pengakhirannya, kpd Allah kita berserah. |
|
|
|
|
|
|
|
Family dpt insurans tak ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|