CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 6

Tiada Petunjuk Langsung, SAR Hawari Tamat Hari Ini Dan Disambung Tahun Depan

[Copy link]
Post time 16-6-2023 05:27 PM | Show all posts |Read mode
KATHMANDU: Tiada sebarang petunjuk, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang ketika turun dari puncak Everest ditamatkan hari ini dan akan disambung pada tahun depan.


Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, pihaknya sudah menjalankan operasi SAR bermula 19 Mei sehingga semalam dan permit khas pencarian menggunakan dron dan SAR udara yang diluluskan pihak berkuasa Nepal juga sudah tamat manakala aktiviti pendakian ke puncak Everest sudah ditutup bermula 29 Mei lalu.


Foto: Google




Katanya, operasi semalam turut mengesan satu objek menyerupai tubuh badan manusia antara Kem Dua dan Kem Tiga namun ia adalah longgokan sampah dan khemah yang diterbangkan angin.


"Objek berkenaan dikesan melalui gambar dan video yang dirakam oleh dron pada 8 Jun lalu menunjukkan seperti tubuh badan yang memakai sut berwarna sama dengan Hawari ketika mengadakan misi pendakian namun tidak mendedahkannya lebih awal kerana maklumat belum disahkan lagi," katanya pada sidang media di sini hari ini.


Turut hadir, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Fadzle Abu Hasan, Pengarah Pioneer Adventure, Nivesh Karki dan ketua malim gunung, Nga Tenji.


Dua ahli keluarga Hawari turut hadir iaitu adik bongsu, Mohamad Ismail dan abang ipar, Azhar Ilias.


Azim (tengah) berkata, operasi SAR terakhir yang diadakan semalam sepatutnya dilakukan pada Selasa lalu namun disebabkan cuaca buruk, pasukan SAR dan helikopter tidak dapat masuk ke lokasi yang terbabit. Foto: Awani




Kehilangan Hawari memasuki hari ke-28 hari ini selepas beliau dilaporkan berjaya sampai di puncak Everest pada jam 3.30 petang waktu Nepal.


Misi pendakian ME2023 ini dikendalikan oleh syarikat Pioneer Adventure yang berpusat di Nepal dengan menyediakan malim gunung, logistik dan makanan sepanjang misi ke puncak Everest. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 06:38 PM | Show all posts
sudah2 la tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 07:11 PM | Show all posts

redho and move on plisss
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Er udah la menghabiskan duit
Kalau duit sendiri tak pe lah
Baca kan aje talkin dkt bawah gudung tu sudah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm aku kurang setuju duk daki buat kerja macam ni .. menyusahkan orang, dah la very costly. Lagipun memang dah ada orang sampai, nak prove apa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada baca sepanjang perjalanan ke puncak Everest penuh dengan mayat-mayat pendaki yang tewas tetapi tidak dituntut oleh keluarga kerana kos yang mahal.

Moga menjadi pengajaran buat pendaki Malaysia agar beringat di masa hadapan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2023 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
SAR Hawari tamat harini dan akan disambung tahun depan.
Yelah kan, mana tau, tahun depan masa cari tu akan jumpa dia akhirnya. Mungkin masa tu dia dah ada rumah teres kat puncak Everest. Bolehlah pendaki2 gunung stop ngeteh2 dulu kat rumah dia, then baru hike turun
Sudah2 la weiiiiii. Tahun ni pun tak jumpa, tah dah terkambus. Tiberrrrrrr tahun depan nak sambung cari
Koser la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.083732 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list