CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 1

Polis Masuk Hospital Telan Duit Rasuah

[Copy link]
Post time 16-6-2023 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Pegawai polis Colombia dimasukkan ke hospital selepas menelan segumpal wang kertas hasil rasuah.


Dia yang dikatakan meminta sogokan daripada seorang ahli perniagaan sebagai balasan kerana tidak menahan lelaki berkenaan, menelan duit itu bagi melupuskan bukti selepas ahli perniagaan terbabit membuat laporan kepada Unit Antipenculikan dan Peras Ugut Colombia.




Gambar hiasan




Polis berkenaan sanggup menelan wang rasuah itu apabila penyiasat antirasuah tiba untuk menyoal siasatnya, namun dia kemudian terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan apabila dia tercekik wang kertas itu hingga menghalang pernafasannya.


Rakaman video menunjukkan, pegawai itu mengaku tidak bersalah ketika di dalam van polis, selepas menelan wang kertas di Soacha, bandar di pinggir ibu negara.


"Saya langsung tidak terima apa-apa. Saya tak tahu apa yang mereka cakapkan," kata polis itu sambil tercungap-cungap kerana tercekik.


Doktor berjaya mengeluarkan wang kertas bernilai 500,000 peso (kira-kira RM556).


Sementara itu, pengarah pejabat peguam tempatan berkata, bahan digunakan untuk membuat wang kertas tidak mudah dihadam.


Pegawai dan rakan sekerjanya menggunakan dakwaan palsu mengenai jenayah seksual untuk memeras ugut pemilik perniagaan supaya menyerahkan sejumlah 2 juta peso (kira-kira RM2,225), lapor Blu Radio Bogota.


Pemilik perniagaan berjaya mengumpulkan separuh daripada jumlah yang diminta.


Namun, anggota polis itu tidak berpuas hati, lantas membawa ahli perniagaan itu ke balai polis di mana dia ditahan selama dua jam, dengan harapan dapat memperoleh wang rasuah itu sepenuhnya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru betul makan duit rasuah[em:3:]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.042800 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list