CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1253|Reply: 10

Pelajar U Berang Rakan Kuliah PJJ Tak Hantar Assignment, Deadline Pembentangan Pun Tak Tahu Sebab Terpaling Sibuk Bekerja

[Copy link]
Post time 16-6-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Seorang individu berang apabila berdepan dengan situasi di mana rakan sekuliah yang mengambil mode pengajian PJJ tidak dapat memberikan komitmen disebabkam kesibukan bekerja.


"Crazy. If you're busy working then just work la (Kalau sibuk sangat bekerja, jadi kerja saja la). Tak payah sambung belajar kalau macam ni.


"Dengan tak tahu deadline bila. Macam mana boleh dapat kerja aku pun tak faham. No ethics to the lecturer langsung (tiada adab dengan pensyarah langsung). So glad that they're not in my group (lega kerana mereka bukan dalam kumpulan saya). Paling busy konon," luahnya di media sosial.


Gambar Hiasan




Individu itu juga memuat naik tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp dengan rakan sekuliahnya.


Menerusi perbualan berkenaan, individu tersebut bertanyakan rakannya sama ada akan membuat pembentangan atau sebaliknya, namun jawapan yang diberikan benar-benar tidak diduga.


"Kami tak sempat buat apa-apa lagi. Masing-masing busy kerja," jawab rakannya sebagaimana yang terpapar di dalam tangkap layar perbualan mereka.


Sekadar membuat luahan di media sosial, perkongsiannya mengundang perhatian warga maya yang turut berkongsi pengalaman yang sama.


"Iya dah kena dulu. Sebab kerja katanya... orang bujang ni. Aku ni kena jaga anak lagi, kerja, boleh je komited buat assignment.


"Jenis ni memang banyak...semua nak dikejar. Paling bercita-cita tinggi katanya.


"Selalu team mate hauk begini, dengan markah kita sekali terbabit... menyusahkan orang. Assignment tak buat, kita sorang buat lepastu markah dia dapat juga. Baik buat assignment sorang-sorang," demikian antara komen netizen.


Dalam pada itu, majoriti warga maya memberikan nasihat khususnya kepada individu yang berhasrat untuk menyambung pelajaran sambil bekerja agar tidak menyusahkan pihak lain di kemudian hari.


"Bila dah register part time study tu maknanya kita dah ready untuk menjadi tersangat busy dan tak ada life. Sampai sedang meeting pun boleh sambil-sambil buat assignment untuk kejar deadline.


"Satu je nak cakap. Jangan menyusahkan orang, lecturer dan team mates kau. Kalau rasa nak fokus kerja, berhenti belajar. Tak boleh nak bahagi komitmen, jangan cuba nak buat.


"Fokus pada belajar dulu. Faham nak cari side income untuk tampung kos. Jangan kerana kejarkan hasil part time, hilang pelajaran yang merugikan masa depan dan result yang cukup-cukup makan."- CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 11:36 AM | Show all posts
alkisahnya ada sorang nie part time. dia duduk di sabah/sarawak. amik degree di area lembah klang. tiap minggu naik flight pergi kuliah. lecturer tetap bagi markah teruk. realitinya klu sedar sibuk kerja jgn la buat part time. xdenya lecturer nak simpati dgn kesusahan kamu. tak siap tugasan markah teruk juga.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 12:04 PM | Show all posts
weols rugi tak sambung masa 2019. dah dapat offer, tapi mengenangkan sibuk dengan kerja, terpaksa la reject. lepastu boom PKP. Semua WFH. kalau weols tau ada PKP, memang weols sambung study je dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah je dpt ahli group hanat gini
Tibe masa nak compile semua assignment..tibe2 dia bg alasan mak mati la...balik kampunh la..ayah sakit la...
Zaman tu dah boleh htr email dah..bodo gila
Weols hampir2 kena gagal subjek tu..
Naseb balik lecturer tu okay...bg hanat tu je fail
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 06:56 PM | Show all posts
shernazz replied at 16-6-2023 05:34 PM
Iols pernah je dpt ahli group hanat gini
Tibe masa nak compile semua assignment..tibe2 dia bg alasan ...

sama

seminggu sekali, kitorang buat meeting, discuss assignment plus, nak tengok progress masing2 punya kerja.
dia punya alasan, busy club, busy program, busy kerja luar, busy busy busy je la

sampaikan lagi seminggu dari tarikh submission, kerja masing mesti dah siap at least 80%-90%
group assignment bukan banyak pun kena buat kerjanya, dah bahagi-bahagi tugasan kan
dia TAK START lagi warghhh aku rasa nak menjerit je. tapi Iols kata, takpa, start buat, rush minggu ni, dan email kat Iols sehari dari tarikh dateline, Iols nak compile, nak proof-read, nak print bagai lagi. dia kata OK

hari Iols nak compile, ahli lain dah email kerja diorang, dia sorang belum, takpa, Iols siapkan yang mana ada dulu
pastu Iols call dia, mana part ko tak email lagi. dia kata belum siap, lepas tu dia kata, takpa, email korang punya kerja kat aku, biar dia yang COMPILE, PRINT, DAN SUBMIT ke bilik lecturer sendiri. Iols husnuzon aje lah, fine then.

seminggu lepas tu, dalam kelas, lecturer panggil nama2 ahli group kitorang dalam kelas, kenapa tak submit assignment? 30 markah hilang kalau tak submit, memang takkan dapat A untuk subjek tu.
Iols punya la terkejut badak, sebab Iols jenis buat assignment betul2, plagiarize pun takdak, dan sentiasa submit ikut waktu. tapi takpa, Iols tak melenting dalam kelas, Iols jawab, nanti Iols check dengan group member balik, mungkin ada kesilapan.

habis kelas tu, kitorang semua tahan budak tu, kepung dia, masing2 sembur. lecturer nampak, laju ja dia lari keluar kelas
dia kata dia dah submit, Iols mintak tunjuk bukti dia email soft copy kat lecturer, dia kata takda
soft copy tak email, hard copy tak submit. penipu punya budak
Iols cakap, kalau nak submit, email hari ni jugak, Iols akan submit pukul 3 petang. pukul 5 lecturer dah balik.
dia pulak marah Iols, mana sempat dia nak submit harini
seminggu late submission, tak siap lagi, 3 bulan masa untuk buat, mengarut

Iols cakap, terpulang. nak email, email. tak email, part ko takde dalam assignment, nama takde dalam group
sebab kan ko punya pasal, kitorang semua hilang 30 markah, gred kitorang terjejas. ni kira sabotaj tau tak

ko tau apa jadi?
lepas Iols submit assignment kitorang kat lecturer petang tu, tanpa bahagian dan nama dia, dan Iols pun dah explain kat lecturer. dia faham, tapi late submission tetap deduct 15 marks. separuh markah hilang. sedih Iols
beberapa jam kemudian, budak tu datang sendiri jumpa lecturer, submit assignment yang sama, tapi dengan nama dan bahagian dia included. TANPA berbincang dengan kami satu group. dan lecturer terima jugak. sama, deduct marks

itupun lepas kejadian tu, dia buat macam takde apa je. kitorang satu group menyampah, pulaukan dia
tak habis-habis la nak cerita dia terpaling busy busy
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 16-6-2023 06:56 PM
sama

seminggu sekali, kitorang buat meeting, discuss assignment plus, nak tengok progress masing2 ...

Jahat sungguh kawan kau Tu
Moga kurma menanti dia Di tempat kerja Dan dibuli kaw2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 16-6-2023 05:34 PM
Iols pernah je dpt ahli group hanat gini
Tibe masa nak compile semua assignment..tibe2 dia bg alasan ...

Bab buat aseimen sesama ni yg stress nya lahai dpt yg perangai mcm2 msa buat degree. Tapi masa buat master dpt kwn yg best2. Happy sgt msa zaman master. Masa study week nak exam pakat2 lepak laberi 13 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 10:15 PM | Show all posts
Sebab itu lah diadakan kerja berkumpulan. Untuk bagi species begini lulus dgn jadi tukang fotostat dan belanja air masa group meeting.

Dalam dunia pekerjaan pun ada nanti. Kalau dia pandai sembang nanti dia jadi bos

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2023 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 16-6-2023 06:56 PM
sama

seminggu sekali, kitorang buat meeting, discuss assignment plus, nak tengok progress masing2 ...

Khens.
Hanat sungguh
Iols mmg dendam.sampai.bila2
Sampai ke sudah bila ada.groupnassignment yang ada dia dalam kelas tu..iols cpt2 cari yang lain supaya dia tak dpt masuk dalam group iols..hahha
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 16-6-2023 08:11 PM
Bab buat aseimen sesama ni yg stress nya lahai dpt yg perangai mcm2 msa buat degree. Tapi masa bua ...

Haah kan
Dapat ahli yang bagus..mmg tak stress
Semua boleh communicate kat email atau ym je..
Lancar je..tak yah sakit kepala nak pikir
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
I dulu klu grp assignment i suka buat dr a to z sbb suka bg idea sendiri...sbb zmn i belajar bkn zmn internet..my grp members tugas dia cari bhn utk i baca..srg lg tkg taip...and ada yg buat tasks mcm binding dan bg assignment tu nampak menarik..i akan duk kat satu penjuru kat surau dan menulis idea2 i...eh tapi assignment kami selalu dpt the highest mark..hehe..kira my idea ok lah kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.142219 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list