CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 447|Reply: 0

Bakal pengantin patut buat ujian saringan talasemia

[Copy link]
Post time 16-6-2023 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Bakal pengantin patut buat ujian saringan talasemia




Pasangan sepatutnya buat ujian saringan talassemia untuk elak zuriat dapat penyakit genetik sel darah merah. - Foto hiasan



KOTA BAHRU: Semua bakal pengantin sewajarnya melakukan ujian saringan talassemia bagi mengelak zuriat mereka mendapat penyakit genetik sel darah merah.

Justeru, tahap kesedaran menjalani ujian saringan perlu ditingkatkan khususnya membabitkan golongan itu sebagai langkah awal pencegahan.

Laporan menunjukkan, jika kedua-dua bakal pengantin adalah pembawa genetik sel darah merah, kebarangkalian 25 peratus anak mereka menghidapi penyakit talasemia major, manakala 50 peratus sebagai pembawa genetik talasemia dan 25 peratus lagi normal.

Pensyarah Perubatan Jabatan Pediatrik Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Norsarwany Mohamad, berkata bagi mengawal penyakit genetik itu terus meningkat, setiap individu perlu lebih cakna dengan tahu penyakit itu dan buat ujian saringan talasemia.

"Justeru, pasangan bakal berkahwin digalakkan membuat ujian saringan talasemia sekali seumur hidup secara sukarela bagi mengesan penyakit berkenaan lebih awal.


Pensyarah Perubatan Jabatan Pediatrik Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Norsarwany Mohamad.


"Mereka perlu lebih bersifat terbuka menjalani ujian saringan itu sebagai langkah keselamatan terutama yang ada sejarah keluarga.

"Jika kedua-dua pasangan ada genetik pembawa talasemia, mereka perlu dapatkan nasihat doktor, selain wajar menghadiri kaunseling genetik kerana kemungkinan besar anak bakal dilahirkan mendapat talasemia major.

"Oleh itu, ujian saringan awal sebelum berkahwin amat penting kerana keluarga berkenaan mungkin boleh menghapuskan penyakit genetik itu daripada terus diwarisi," katanya selepas Forum Hari Talasemia Sedunia 2023, di Auditorium Hospital USM, di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, ada laporan mengenai pasangan pengamal perubatan terpaksa memutuskan tali pertunangan selepas mengetahui kedua-dua mereka adalah pembawa penyakit talasemia.

Berkongsi berita dalam Twitter, bakal pengantin perempuan itu, dikenali sebagai Dr Farra dilaporkan berkata, sebelum ini hanya tunangnya yang memaklumkan dirinya pembawa talasemia.

Talasemia adalah penyakit genetik, pesakit tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti mencukupi.


Cegah penyakit genetik

Dr Norsarwany berkata, mengambil contoh di Cyprus, pada era tahun 1980-an satu daripada tujuh rakyatnya penghidap talasemia sehingga menimbulkan beban yang sangat ketara kepada negara itu segi keperluan perkhidmatan kesihatan

"Dalam hal ini, pihak gereja mewajibkan sijil saringan talasemia bagi pasangan yang akan berkahwin dan hasilnya rakyatnya kini jarang ada yang menghidap penyakit talasemia," katanya.

Bagi mencegah penyakit genetik, sekiranya ibu yang ingin hamil adalah pesakit talasemia, mereka perlu dimaklumkan mengenai risiko kehamilan akan datang.

"Bagi mengesan talasemia, ujian prenatal boleh dibuat pada ibu hamil untuk mengetahui sekiranya kandungan mereka menghidapi penyakit talasemia major.

"Kebiasaannya, ia dilakukan melalui dua ujian iaitu Chorionic Villus Sampling (CVS) yang dilakukan ketika kandungan berusia 10 hingga 12 minggu dengan menyuntik jarum pada plasenta dan Amniosentesis ketika kandungan berusia 16 minggu dengan mengambil sampel air ketuban.

"Kita berharap dengan keputusan saringan ini nanti akan membawa kepada penurunan perkahwinan dalam kalangan pasangan berisiko dan dengan itu menunjukkan pengurangan kelahiran baru talasemia," katanya.

Beliau amat berharap, individu yang sudah mengetahui status talasemia masing-masing dapat berperanan sebagai ejen perubahan dalam mendidik ahli keluarga mengenai kepentingan menjalani ujian saringan selain dapat menjaga keturunan masing-masing.


Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... -saringan-talasemia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.085634 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list