View: 1042|Reply: 12
|
Wanita Jumpa Wang RM262,000 Ditemui Dalam Timbunan Sampah Buat Laporan Polis
[Copy link]
|
|
Tokyo: Seorang individu menemui wang tunai berjumlah kira-kira 8 juta yen (RM262,454) di sebuah premis perniagaan di bandar raya Niigata, Jepun, lapor laman berita The Mainichi semalam.
Menurut Balai Polis Niigata, individu yang mempunyai kaitan dengan lokasi perniagaan itu menemui wang tersebut dalam timbunan sampah di premis berkenaan pada 5 Jun lalu.
Gambar hiasan
Dia kemudian membuat laporan polis selepas menemui wang dalam jumlah yang besar itu.
Balai Polis Niigata mendedahkan penemuan tersebut semalam bagi mencari pemilik wang berkenaan.
Jika pemiliknya gagal tampil, individu yang menemuinya boleh menuntut wang tersebut. – Agensi
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Oh kalau tak jumpa owner boleh jadi hak yg jumpa, bukan la gov ambik eh |
|
|
|
|
|
|
|
yang jumpa tu mesti kaya dan tak hadap pun 262k tu hahahaha...
sana gaji tinggi yach... jangan memain...
ada kenalan dari jepun yang iols kenal pun sanggup perabih 60-80k untuk video game jah, bukan ada apa2 paedah pun...
 |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kat Jepun.
Ce kalau kat sini...
Mmg x smpi 2 saat duit tu dah dibungkus semula dalam beg |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 16-6-2023 12:45 AM
yang jumpa tu mesti kaya dan tak hadap pun 262k tu hahahaha...
sana gaji tinggi yach... jangan memai ...
Arwah kenalan iols yg belajar dekat jepun baru bangkit dari kuburan. Takut iols nak balas dm dia. Takut sheols datang sebagai juon dan mengganggu iols. Tapi hantu tak boleh merentas lautan kan kaka.. selamat iols.. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias: yang jumpa tu mesti kaya dan t ...
Tapi bukan ke sebab orang Jepun ni jenis jujur. Ada cerita kan orang tertinggal laptop kat satu tempat ni, bila dia datang balik tempat tu, laptop tu ada je lagi kat situ takde sapa nak curi. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah jujur ke robot ke. Pernah hilang barang, orang yang jumpa bagi pada pengawal keselamatan, pengawal keselamatan simpankan sampai la kita pi ambik kat pengawal. Pengawal pun buat verification dulu baru dia serahkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan satu kisah je sis pasal kejujuran org jepun ni. banyak sgt2. hahahha. ko tinggal je la hp ke laptop ke purse ke kat kedai ... ko dtg la balik kemudian2. ttp kat situuu jgk la. even iols pun ada kisah tertinggal barang kat toilet osaka. dah masuk dlm kapalterbang baru perasan. iols dpt balik ya barang iols tu. walau iols dah kat kl.
|
|
|
|
|
|
|
|
korang memang tak pernah jumpa orang baik ke sampai kejujuran pun jadi pelik sangat? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak aku jumpa dan dengar pengakuan orang yang boleh ambik barang orang tanpa sekelumit rasa bersalah, sejak tu aku appreciate setiap kejujuran yang aku jumpa. Malah doakan lagi mereka yang jujur ni.
Orang yang aku jumpa tu, luaran nampak baik. Tu barang simple, kalau duit? Apatah lagi 200k. Jumpa 200k, ambik lah 10k ke, boleh je report kat polis jumpa 190k je.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah jumpa duit banyak.paling kuat RM1 |
|
|
|
|
|
|
|
Kita kena appreciatelah perkara bagus spt ini ada dalam suatu masyarakat. Janganlah pulak nak kata masyarakat mereka kuat bunuh diri sebab tak nak terima kelebihan itu.
Kalau tempat kita jadi mcm ni hampir mustahillah dia buat report polis. Siapa cepat dia dapat, siapa tamak dia untung.. itulah yang akan kita terfikir bila kita ada terserempak duit banyak mcm tu  |
|
|
|
|
|
|
|
tanjat tite.. ingat kek mesia tadi
kut kat jepun tu tak heran leeeeee  |
|
|
|
|
|
|
| |
|