CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 1

Lebih 80 Peratus Pengguna Tingkat Pendapatan Dengan Tiktok

[Copy link]
Post time 15-6-2023 11:11 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta: TikTok, rangkaian sosial paling pesat berkembang, mendedahkan lebih 80 peratus pengguna dan pencipta di rantau Asia Tenggara (SEA) telah meningkatkan pendapatan mereka melalui platform tersebut menerusi pelbagai video pendek sepanjang tahun lalu.


Laporan Kesan TikTok bertajuk 'Mempercepatkan Peniagaan, Pendidikan dan Komuniti Asia Tenggara', memaklumkan bahawa pengguna rangkaian tersebut telah memperkasakan pendapatan masing-masing menerusi pelbagai kaedah seperti TikTok Live atau bekerjasama dengan pelbagai jenama dan perkongsian.






"erniagaan kecil dan sederhana (PKS) berjaya meningkatkan pendapatan jualan produk hampir 50 peratus selepas menggunakan TikTok melalui promosi produk dan tawaran perkhidmatan masing-masing.


"ada masa yang sama, empat daripada lima perniagaan (79 peratus pengguna SEA) beralih daripada pemasaran luar talian kepada pemasaran dalam talian menggunakan platform ini," menurut laporan yang dilancarkan semasa Forum Impak TikTok di Asia Tenggara, di sini, hari ini.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew, dalam ucapan perasmian forum itu, berkata bahawa platform itu telah diguna pakai oleh lebih 325 juta pengguna dari rantau Asia Tenggara setiap bulan dan 15 juta perniagaan menggunakan platform itu.


Katanya, disebabkan impak tersebut, pemilik Tiktopk, ByteDance, akan melabur hampir US$12.2 juta (RM56.4 juta) untuk menyokong dan membantu usahawan TikTok serta menubuhkan komuniti.


"elaburan itu akan menyokong lebih 120,000 unit perniagaan kecil dan sederhana dan usahawan untuk tiga tahun akan datang dalam mengalihkan perniagaan mereka dalam talian dan mengambil bahagian dalam ekonomi digital," katanya.


Beliau berkata bahawa pelaburan itu juga bertujuan untuk membina dan menyokong komuniti, termasuk membangunkan Program Pembangunan Perusahaan Sosial Yayasan ASEAN.


TikTok, yang dilancarkan pada September 2016, menjadi nama popular semasa pandemik COVID-19.


Pada 2022, TikTok Shop berkembang ke enam negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Jajuli at 16-6-2023 11:28 AM

Tik tok ni memang berhantu wei, suka tenggok live di tik tok tu mcm2 ragam ada, orang kampung aku jual kerepek pun masuk tik tok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.044973 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list