CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 2

Afiq Muiz Failkan Tuntutan Nusyuz, Dakwa Pachara Apin Ada Hubungan Dengan Jantan Lain

[Copy link]
Post time 15-6-2023 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Afiq Muiz memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Pachara Apin atas dakwaan mempunyai hubungan dengan lelaki lain.


Tuntutan tersebut difailkan sebulan lalu dan bakal dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 4 Julai depan.


Menurut pemilik nama penuh Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 31, tuntutan tersebut dilakukan sebagai pembelaan bagi pihaknya atas semua dakwaan yang dilemparkan oleh Pacchara terhadapnya.


Foto: Kosmo




“Dia nusyuz sebab ada lelaki lain dan melakukan perkara-perkara di luar hukum syarak. Itu antara salah satu sebabnya.


“Saya mempunyai bukti atas semua dakwaan itu dan akan diusulkan pada perbicaraan itu nanti. Semua yang dia cakap sebelum ini jugak tidak betul,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini


Dalam pada itu, dia juga menjelaskan pernah menuntut perbincangan di luar mahkamah dengan Pachara tetapi ditolak.


Bahkan, dia juga mempunyai usaha meminta Pachara menjadi individu lebih baik tetapi perkara itu juga ditolak oleh isterinya.


“Saya ada tuntut perkara itu daripada dia tetapi tak mahu buat.


“Saya juga minta dia bercakap pada pihak media bahawa saya tidak bersalah tetapi dia tak mahu.


“Selain itu, saya juga mahu dia jadi individu lebih baik, dia tak mahu. Sekarang saya nampaklah dia nak jadi lebih Islamik tetapi hati saya sudah terluka,” katanya lagi.


Ditanya sebab memilih untuk berdiam diri selama ini, dia memberitahu pendirian tersebut adalah lebih baik daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.


“Itu lebih baik daripada saya buat benda tidak sepatutnya.


“Saya tunggu pihak mahkamah untuk buat keputusan dan ikut sahaja arah yang ditentukan,” katanya lagi.


Dalam pada itu, dia mengakui sikap berdiam dirinya itu adalah kerana kecil hati dengan tindakan Pachara yang didakwa melakukan perkara tidak sepatutnya sebagai seorang isteri.


“Sebagai seorang suami, saya sedih apabila diduakan dan cakap saya didengari.


“Saya ada kecil hati sebab itu dan antara sebab saya berdiam diri selama ini. Jadi, kita tunggu sahajalah keputusan mahkamah dengan melihat siapa yang akan berjaya untuk kes ini,” ujarnya.


Dalam prosiding hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan13 Julai sebagai tarikh sebutan baru bagi prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh pasangan tersebut.


Fasakh bermaksud pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh hukum Syarak.


Antara perkara yang mengharuskan fasakh adalah apabila suami atau isteri tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.


Pada 6 April lalu, Pachara menyifatkan suaminya sengaja melengah-lengahkan proses permohonan cerai secara fasakh yang dituntutnya selepas mendakwa tidak menerima sebarang notis awal berhubung perkara tersebut.


Sementara Afiq tidak memberi sebarang kenyataan kepada pihak media ketika ditemui di mahkamah.


Sebelum ini, Pachara dalam satu pendedahannya memberitahu Afiq pernah mengasarinya sehingga mengakibatkan kaki serta jarinya patah.


Kenyataan tersebut kemudiannya meraih komen balas adik Afiq iaitu pelakon, Aishah Azman yang bengang dengan tindakan Pachara membuat kenyataan palsu dalam media sosial.


Tidak menunggu lama, Afiq kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Dengkil pada 30 November tahun lalu bagi membersihkan nama selepas mendakwa difitnah.


Pada 27 Mac 2019, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 09:43 AM | Show all posts
ko tu pon muka kaki pmpuan oiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah jadi mcm ni saling tuduh menuduh, aku pasti salah seorang ckp betul, dan satu lg kaki fitnah dan mereka reka cerita .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.060119 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list