CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

[Kedah] Kehidupan penduduk 4 kampung terjejas selepas jambatan runtuh tak dibaiki

[Copy link]
Post time 15-6-2023 02:33 PM | Show all posts |Read mode

Affendi (kanan) bersama Wichit Soowan, menunjukkan jambatan runtuh di Kampung Nahan sejak Oktober tahun lalu masih belum dibaiki. NSTP/Noorazura Abdul Rahman

KUALA NERANG: Lebih 1,000 penduduk di empat kampung di sini, terjejas selepas jambatan di Kampung Nahan, Naka, runtuh, manakala sebuah lagi jambatan di Kampung Pong Selatan pula semakin uzur dan menunggu masa untuk menyembah bumi.

Keadaan itu menyebabkan penduduk termasuk di Kampung Chanding dan Kampung Lamdin terpaksa melalui jalan alternatif yang lebih jauh serta menyukarkan mereka untuk mengeluarkan hasil pertanian.

Penduduk Kampung Nahan, Wichit Soowan, 55, berkata jambatan berhampiran rumahnya itu runtuh sejak Oktober tahun lalu selepas sebuah lori yang sarat dengan muatan pasir menyeberangi jambatan itu.

"Jambatan ini sudah berusia 15 tahun dan sejak runtuh, rumah saya yang paling hampir dengan tanah perkuburan Islam di sini menjadi sunyi kerana masyarakat Islam yang mahu datang ke kubur itu perlu melalui jalan alternatif lain yang lebih jauh.



"Walaupun kami masyarakat Siam, tetapi hubungan kami seperti saudara dengan masyarakat Islam di kampung ini.

Sekarang orang meninggal dunia pun saya tak tahu, mereka perlu telefon saya untuk maklum kepada kami sekeluarga kerana urusan menghantar jenazah ke kubur tidak lagi melalui jambatan dekat rumah saya kerana sudah runtuh," katanya.

Sementara itu, penduduk Kampung Pong Selatan, Ahmad Said, 85, pula berkata, jambatan di kampungnya yang dibina sejak 1960-an dan sudah beberapa kali dinaik taraf, kini tidak mampu menampung kenderaan berat dan mungkin akan runtuh seperti jambatan di Kampung Nahan.

"Orang kampung tak berani mengangkut hasil getah dan kebun seperti nanas dan jagung untuk dijual, malah jika angkut sekali pun terpaksa guna kenderaan kecil dengan berat minimum kerana bimbang jambatan akan runtuh.

"Jambatan ini sudah nampak retak di bahagian tengah terutama apabila kita melihat menerusi bawah jambatan memang nampak ketara, jadi hanya motosikal dan kereta saja yang boleh lalu.

"Saya bimbang jika berlaku kematian, jengkaut tidak boleh memasuki kawasan ini untuk mengorek kubur, ia akan menyukarkan penduduk untuk proses pengebumian," katanya.

Seorang lagi penduduk Kampung Pong Selatan, Affendi Ramli, 48, berkata pihaknya sudah beberapa kali menghantar surat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) termasuk pejabat penghulu bagi memaklumkan keadaan jambatan berkenaan.

"Pegawai JKR sudah beberapa kali datang melihat jambatan ini, namun setakat ini kami belum dimaklumkan bila tarikh jambatan akan dibina semula.

"Penduduk terpaksa menggunakan jalan sejauh kira-kira lima kilometer sekiranya jambatan di Kampung Pong Selatan ini turut runtuh.

"Saya harap jambatan ini segera dibina baharu kerana inilah jalan utama kami untuk keluar mencari rezeki, jika tidak penduduk boleh hilang sumber pendapatan," katanya yang bekerja sebagai pembekal bahan pertanian.
https://www.bharian.com.my/berit ... jambatan-runtuh-tak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.053315 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list