|
SAFAWI dilihat memasukkan bola ke dalam bajunya selepas meraikan kejayaan menyumbat gol buat negara. FOTO Ghazali Kori
Kuala Lumpur: "Gol itu hadiah untuk isteri (yang mengandung), dan doakan kami selamat semuanya".
Itu pengakuan pemain skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid yang mengakui isterinya, Syifa Melvin kini sedang mengandung anak sulung.
Jelas Safawi, gol ketiga skuad negara yang dijaringkannya cukup istimewa dan dia menghadiahkannya buat Syifa.
Malah, cara pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) itu meraikan gol pada minit ke-77 itu dengan memasukkan bola di dalam baju adalah simbolik kepada isterinya yang difahamkan sedang hamil empat bulan.
Menerusi tinjauan di laman sosial, ramai peminat boleh mengagak cara Safawi meraikan jaringan itu untuk isterinya.
Untuk rekod, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu di sebuah hotel ternama, di Kuala Lumpur.
Dalam aksi persahabatan antarabangsa itu, anak buah Kim Pan-gon mudah membenam Kepulauan Solomon dengan 4–1 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kuala Terengganu, malam tadi.
Selain Safawi, gol negara disumbangkan oleh Paulo Josue pada minit ke-40, sebelum Arif Aiman menambah gol hasil sepakan penalti di masa ke kecederaan babak pertama disusuli, Lee Tuck minit 90.
Jaringan saguhati pelawat pula diraih hasil sentuhan Raphael Lea'i seawal minit ke-11.
Selepas ini, Malaysia akan meneruskan aksi persahabatan bertemu Papua New Guinea di venue sama Selasa ini
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -buat-isteri-safawi |
|