CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

[Pahang] Pelajar alami kelesuan haba selepas lari 4km

[Copy link]
Post time 15-6-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di Pekan dekat sini, mengalami kelesuan haba selepas tidak sedarkan diri semasa melakukan aktiviti larian sejauh empat kilometer hari ini.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata pelajar itu telah dirujuk oleh Hospital Pekan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan kini dilaporkan semakin stabil.

"Pemeriksaan awal di Hospital Pekan mendapati pesakit telah mengalami simptom seperti suhu badan terlampau tinggi iaitu melebihi 39 darjah Celsius, degupan jantung meningkat serta percakapan dan fungsi otak terjejas.

"Pesakit telah diberi rawatan hidrasi dan rawatan sokongan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAA," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Nor Azimi mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dan mengehadkan aktiviti luar semasa cuaca panas, menggunakan pelindung diri dan sentiasa mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal atur suhu badan.

Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa mengawasi gejala keletihan dan strok haba serta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami gejala berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ba-selepas-lari-4km
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.053017 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list