CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 6

Polis Cari 4 Lelaki Baling Batu, Kayu Ke Arah Lori Di Seremban

[Copy link]
Post time 14-6-2023 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Pihak polis mengesahkan menerima laporan berkaitan insiden membaling batu ke arah sebuah lori di Kilometer 253.3 Lebuh Raya Senawang Seremban di sini kelmarin seperti yang tular di media sosial.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lebih kurang pukul 8.14 malam kelmarin seorang lelaki yang merupakan pemandu lori berusia 32 tahun membuat laporan polis menyatakan cermin hadapan lori miliknya telah dibaling objek kayu dan batu semasa sedang melalui Lebuh Raya Senawang Seremban.


Tangkap layar video yang tular di media sosial baru-baru ini.




“Kejadian berlaku sekitar 7 malam hari yang sama. Suspek dipercayai empat orang lelaki melarikan diri ke arah semak samun berdekatan lebuh raya berkenaan.


“Pengadu mengalami kerugian lebih kurang RM1,000 dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 52 saat di media sosial memaparkan cermin hadapan sebuah lori pecah di baling batu dan kayu serta suspek tidak dapat dikesan dipercayai melarikan diri.





Menurut Arifai, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.


Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Parthiban di talian 019-6513114 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 06-6033222.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Puaka betol maknoosia hooligan ni. Hari tuh kat Cheras baling batu kat kereta, ni kat tepi highway pulek.
Cubaan puaka nak b*noh org ker? Kalau motor yg lalu kena batu besar cmtu kompem jatoh atas jalan teros terhantok meninggal. Puaka lahnat moga mamp maknoosia yg menyusahkan orang nih. Puihhh!
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila bahaya... Tangkap dan dakwa cubaan membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 11:34 PM | Show all posts
Babi sial punya pelaku.

Dapat tangkap nanti sila rebus telur beliau hidup2.

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 11:36 PM | Show all posts
gila punya orang... budak2 kah???

kalau dapat tangkap sila sumbat ke dalam rumah asuhan si bainon tu biar dia siram kau pakai air coway panas....

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga pelaku mampus digelek lori..
ini bukan perilaku nakal tapi tahap jahat aniaya orang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2023 07:59 AM | Show all posts
Harap dapat tangkap si pelaku, bangang menyusahkan orang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.065629 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list