CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1030|Reply: 5

Puteri Sarah Tak Nak Bergaduh- Syamsul Boleh Datang Jumpa Anak Bila-Bila Masa, Tak Nak Komen Isu Saman Ira Kazar

[Copy link]
Post time 14-6-2023 01:40 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Selepas enam bulan naik turun mahkamah, Puteri Sarah Liyana bersyukur proses perceraiannya berakhir dengan baik.


Kata sepakat untuk bercerai itu dilakukan demi masa depan dua anak mereka, Syaikhul dan Sumayyah.




Foto: Kosmo




“Alhamdulillah semuanya selesai. Kami sudah berjumpa semalam berbincang dan capai persetujuan dalam banyak perkara.


“Kalau nak cakap tentang perasaan, saya tak tahu nak gambarkan macam mana cuma sekarang ini rasa lega semuanya sudah berakhir dengan baik.


“Harapan saya cuma satu, ialah tiada persengketaan lagi dan berbaik seperti yang kami berjanji sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! Online.


Mengenai hak penjagaan anak, aktres tersebut memberitahu, dia tidak meletakkan sebarang syarat untuk Syamsul bertemu dengan dua anak mereka walaupun hak penjagaan menjadi miliknya.


“Saya tidak letakkan had untuk Syamsul bertemu anak-anak dan dia boleh datang bila-bila masa sahaja.


“Tiada hari tertentu pun saya tetapkan,” ujarnya yang kini menjalani tempoh idah selama tiga bulan bermula hari ini.


Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya juga mewajibkan dua anaknya untuk hadir sama dalam mana-mana majlis yang melibatkan kedua-dua belah keluarga.


“Bukan patut tetapi mereka wajib untuk pergi ke mana-mana majis kedua-dua belah keluarga.


“Kami berpisah juga demi kebaikan anak-anak, jadi semuanya akan dilakukan untuk kepentingan mereka,” ujaranya lagi.


Ditanya mengenai sama ada sudah menggugurkan saman yang difailkan terhadap isteri kedua Syamsul, Ira Kazar, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan hal tersebut.


“Saya tak boleh dedahkan buat masa ini,” katanya lagi.


Hari ini, mahkamah memutuskan Syamsul dan Puteri Sarah disahkan bercerai selepas pengarah tersebut melafazkan cerai talak satu berjumlah dua terhadap isterinya.


Hakim juga mengesahkan dua lafaz cerai yang difailkan Puteri Sarah sebelum ini.


Terdahulu, hakim Syarie Akmalluddin Ilyas memerintahkan Puteri Sarah selaku plaintif untuk memfailkan dakwaan lafaz cerai yang sudah dibuat sebanyak dua kali oleh Syamsul.


Walau bagaimanapun, peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul menafikan dakwaan berkenaan dan tidak mengetahui dapatan laporan JKP berkenaan memandangkan ia dibuat secara berasingan.


Sebelum ini, pada 25 Mei lalu, Jawatankuasa Pendamai (JKP) memaklumkan ikatan perkahwinan Sarah dan Syamsul Yusof tidak dapat diselamatkan kerana berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.


Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya pada Januari tahun ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas krisis rumah tangganya sejak empat tahun lalu.


Selain itu, dia juga enggan dimadukan selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand.


Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Purplehaz at 14-6-2023 02:17 PM

Rupanya dh pernah bercerai sblum ni..skg mahkamah pun dh sahkan cerai 2 kali yg dulu tu.
Tp bila kah tarikh2 lafaz tu..adakah sblum kenal bini baru atau smase berskandal.

Semoga semuanya selesai baik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 02:19 PM | Show all posts
Elok la berbaik demi anak2. Bagus PS ni bagi kebenaran untuk ayahnya berjumpa anak2 tanpa ada had dan peraturan.Ni ada yang dendam punya pasal, tak bagi ayah bermalam dengan anak2. Menidakkan hak anak2 dan ayah. Gaduh tu kamu berdua..jangan libatkan anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:00 PM | Show all posts
bagus betul ps part ni. hrp2 sol pun tak de la pulak alasan tak dpt jumpa anak ya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:12 PM | Show all posts
kan bagus... elok lah tu berbaik demi anak2...
lagipun sol tu bukan culas tanggungjawab anak2 pun...

hikmah lamboghini berasap gittuhhh...
kereta yang di bangga bangga kan sangat hujung2 hanya layak untuk jadi mesin fogging kementerian kesihatan untuk halau nyamuk aedes...

kereta2 buruk yang lalu kat sebelah masa heols fogging jalan tu semua pakat2 flip hair jah...kalau opai ada kat sebelah lagi lah di ludah2 oleh keta2 buruk tu...


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 09:01 AM | Show all posts
bagoslewww xsbr nk tgk anak sole2 bgambor ngn ira kazar
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 1.401685 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list