CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Abahmung

[Politik] 'RM42 juta jumlah kecil' - Zaid minta PM bebaskan Najib

  [Copy link]
Post time 15-6-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepentingan rakyat ke umno?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboih kecik ko kata...tu yg nmpk..yg tersembunyi
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:54 PM | Show all posts
Firenzza replied at 14-6-2023 03:10 PM
Alang2 zaid mintak bebas najib why not dia mintak bebas semua banduan, kt dlm tu ada jugak curi Milo ...

najib kena tunggu giliran, dah habis bebaskan pencuri milo tin, milo kepit ketiak, curi besi buruk, curi durian musang king, curi suami orang jusa c minus baru banduan najib boleh bebaskan.


sebab value bawah rm42 juta masih kecil sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kecil kepala bapak ko la
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kedek replied at 15-6-2023 01:12 PM
Kepentingan rakyat ke umno?

Parti sampah. Memang lari dari tujuan asal penubuhan. Sekarang ni jadi parti kayakan pemimpin ja. Memang trash.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 02:24 PM | Show all posts
Betul la tu.. jumlah rm42 juta tu kecil berbanding jasa najib.. malah jauh lebih kecil dari jumlah fitnahan awal yakni 60 bilion, paatu dikecilkan kepada 2.6 bilion, dikecilkan semula kepada ratus2 juta, ujung2 rm42 juta jerrr jadi lerrr asal ada.....

Dan bukannya najib masuk penjara sebab bunuh orang pon.. ingat lagi tak fitnah najib jadi pembunuh bersiri?

Dari rm42 juta ni cuma rm300k je najib guna untuk tujuan peribadi.. itu pon jho low beriya iya suruh najib belikan jam untuk rosmah.. majoriti duit rm42 juta ini dibelanjakan untuk tujuan kebajikan contohnya beli sejadah, telekung, kain pelikat etc
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2023 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecik bagi T20...besar bagi B40...gitchew

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 9-9-2023 02:24 PM
Betul la tu.. jumlah rm42 juta tu kecil berbanding jasa najib.. malah jauh lebih kecil dari jumlah f ...

Bagi B40 besar nilai RM42 juta tu....sepatutnya sedekahkan pada meols baru besar jasa Najib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2023 11:39 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 10-9-2023 11:44 AM

Memahami SRC RM42 juta Najib.

Gandingan Mentari merupakan anak syarikat SRC International dan Ihsan Perdana merupakan syarikat yang mengendalikan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi SRC International.

Ihsan Perdana menerima sejumlah RM143 juta sejak ianya ditubuhkan untuk kerja CSR iaitu RM20 juta dari SRC, RM103 juta dari syarikat Gandingan Menteri milik SRC dan RM20 juta dari sumber lain.

"Ihsan Perdana terima RM123 juta daripada SRC, Gandingan Mentari - Saksi"
[color=var(--blue-link)]https://www.astroawani.com/.../ihsan-perdana-terima-rm123...


Tiada tuduhan bahawa SRC tidak dibenarkan untuk menjalani kerja SRC ataupun Ihsan Perdana tidak patut dilantik oleh SRC.

Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) ialah pertubuhan CSR yang bekerjasama dengan Ihsan Perdana untuk kerja-kerja CSR.

Ung Su Ling yang merupakan kenalan Jho Low sejak tahun 2000 di Amerika adalah CEO bagi YR1M manakala Shamsul Anwar Sulaiman merupakan CEO bagi Syarikat Ihsan Perdana.

Encik Shamsul Iskandar atas permintaan Ung Su Ling yang memasukkan dana RM42 juta (yang memangnya dikhususkan untuk kerja CSR) secara berperingkat antara 24 Disember 2014 hingga 2 Mac 2015 dari Ihsan Perdana ke akaun milik Najib.

Namun kedua-dua individu itu kata pada mahkamah bahawa mereka tidak tahu sumber dana dan tidak tahu akaun yang dimasukkan adalah bawah nama Najib.

Kedua-dua kata mereka dipanggil oleh Najib selepas SPRM mulakan siasatan ke atas kes SRC ini pada tahun 2015.

Kedua-dua kata Najib sangat marah dan kedua-dua kata mereka minta maaf pada Najib.

Ini apa yang Ung Su Ling kata:

Najib kelihatan terganggu dan ‘bengang’ (annoyed) apabila mengetahui dana sebanyak RM42 juta telah dimasukkan ke dalam akuan peribadinya.

Najib berkata pemindahan itu sebenarnya telah menjejaskan reputasinya serta kerjayanya, katanya lagi.

“Kata beliau, dirinya tidak tahu duit itu telah dipindahkan ke akaun beliau. Namun saya tidak ingat pula seandainya beliau ada menyebut dana itu telah dipindahkan dari Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB). Saya tidak ingat,” katanya.

Susulan daripada itu, Su Ling mengakui menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif YR1M selain memohon maaf ketika bertemu Najib beberapa bulan selepas laporan mengenai wang dipindahkan ke dalam akaunnya disiarkan media pada tahun 2015.

(Ung Su Ling merupakan bekas staff Jho Low)

"Najib bengang selepas tahu RM42 juta masuk akaunnya – Su Ling"
https://malaysiagazette.com/.../najib-bengang-selepas.../[/url]


Dan ini pula apa yang Shamsul Anwar kata:

Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman berkata beliau menemui Najib di kediaman persendiriannya pada hari ke-3 Aidilfitri 2015, sejurus selepas beliau dibebaskan daripada tahanan susulan satu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Beliau terkejut seseorang memasukkan wang ke akaunnya dan tidak tahu siapa orangnya. Beliau susah hati,” kata saksi ke-37 ketika pemeriksaan balas oleh peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah.

Shamsul berkata, berdasarkan tingkah laku Najib, beliau membuat kesimpulan reaksi ahli Parlimen Pekan itu bukan dibuat-buat.

Shamsul berkata, beliau sudah meminta maaf kepada Najib kerana Ihsan Perdana ialah syarikat terakhir yang memindahkan wang ke akaunnya di Ambank Jalan Raja Chulan.

Beliau tidak percaya Najib pernah melakukan perkara tidak wajar ketika memegang jawatan dalam kerajaan.

“Beliau serius dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan sentiasa menggalakkan saya dalam kerja sedemikian.”

"Najib ‘susah hati’ RM42 juta wang SRC International dalam akaunnya, kata saksi Shamsul Anwar"
https://www.freemalaysiatoday.com/.../najib-marah.../[/url]


Ini membuktikan bawah Najib tidak pernah arah dan tidak pernah tahu bahawa wang yang berasal dari SRC telah masuk ke akaun dia.

Najib hanya diberitahu beberapa bulan selepas dana RM42 juta itu telah disedekahkan Najib untuk kerja CSR - iaitu selepas SPRM telah mulakan siasatan.

Sebelum kemasukan dana RM42 juta ini, Najib juga pernah menerima dana sekurang-kurangnya RM642 juta secara berperingkat dari Arab Saudi termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi seperti diperakui oleh mahkamah - sebab itu Najib fikir bahawa RM42 juta yang dia turut sedekahkan adalah sebahagian dari aliran kemasukan wang dari sumbangan Arab Saudi.

Pengurus Ambank yang mengendali akaun milik Najib juga mengaku bahawa dia sudah gagal mengengali akaun Najib dengan betul dan memberitahu mahkamah bahawa ada kemungkinan Najib tidak tahu kedudukan sebenar akaun dia.
https://www.freemalaysiatoday.com/.../najib-may-not-have.../[/url]


Akhirnya Najib telah dipenjarakan 12 tahun dan dihukum denda RM210 juta (iaitu denda RM5 bagi setiap RM1 yang disedekahkan) atas kesilapan kedua-dua individu di atas sebab hakim kata ianya bukan hak Najib untuk sedekahkan RM42 juta tersebut biarpun ianya memang sebahagian dari dana yang sudahpun dikhususkan untuk kerja CSR.

"Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim"
[color=var(--blue-link)]https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571


Itulah "kesalahan jenayah" yang menyebabkan Najib sudah meringkuk lebih setahun dalam penjara - bukan sebab Najib curi atau samun atau rompak RM42 juta itu untuk kegunaan peribadi.




Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 11:43 AM | Show all posts


RM42juta memang jumlah yg kecil berbanding berbillion dan bertrillion yg menjaya dia jana semasa dia berkhidmat yg telah memberi banyak manfaat kepada negara dan bantuan yg dapat diberi kepada rakyat............



Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 12:24 AM | Show all posts
Statement ni sempena pembebasan zahid dan bung ke?

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
#freenajib
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bebaskan Najib. Hanya Najib yg mampu menyekat kemaraan PN
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 03:21 AM | Show all posts
ha ha tak boleh lah begitu
jadi, jika bunuh org yg miskin, adakah kesalahannya kecil sedikit dari membunuh seorang hartawan. siapa la Zaid ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.203099 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list